• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hannah Yeoh Dakwa Puas Hati Berjaya Jelaskan Isu Premium Tanah KLSCAH Dengan Fakta

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Hannah Yeoh Dakwa Puas Hati Berjaya Jelaskan Isu Premium Tanah KLSCAH Dengan Fakta
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh melahirkan rasa puas hati kerana mendakwa berjaya menjawab persoalan berhubung isu premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dengan fakta.

Menerusi hantaran di media sosial, beliau mendakwa, apa yang paling memuaskan hatinya apabila Ahli-Ahli Parlimen pembangkang keluar dari kamar dalam keadaan gembira kerana isu berkenaan sudah jelas kepada mereka.

“Rasa puas hati boleh menjawab persoalan dengan fakta. Paling puas bila Ahli-Ahli Parlimen pembangkang keluar kamar dengan gembira sebab isu ini sudah jelas kepada mereka.

“Ada gambar sebagai bukti,” dakwanya.

Hannah turut menarik perhatian mengenai kehadiran ramai Ahli Parlimen di dalam kamar bagi membahaskan usul berhubung premium tanah KLSCAH.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan yang banyak membantu dalam persediaan menjawab usul berkenaan.

Hannah juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Parlimen kerajaan yang turut mengambil bahagian dalam perbahasan bagi menyokong usaha kerajaan membantu KLSCAH. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Hannah Yeoh

Tags: berjayafaktaHannah YeohIsu Premium TanahJelaskanKLSCAHpuas hati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Awang Hashim Tolak Dakwaan Hannah Yeoh Pembangkang Puas Hati Isu Premium Tanah KLSCAH

Awang Hashim Tolak Dakwaan Hannah Yeoh Pembangkang Puas Hati Isu Premium Tanah KLSCAH

25/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menolak dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh...

Kajian Tahap Puas Hati Masyarakat Melayu Terhadap Kerajaan Persekutuan Cecah 67%

Kajian Tahap Puas Hati Masyarakat Melayu Terhadap Kerajaan Persekutuan Cecah 67%

24/11/2026
0

PERAI - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow terkejut dengan tahap kepuasan hati masyarakat Melayu terhadap Kerajaan Persekutuan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.