• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Lancar Tabung Sumbangan Bantu Najib Lunas Denda RM50 Juta

oleh Mynewshub
18/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
UMNO Lancar Tabung Sumbangan Bantu Najib Lunas Denda RM50 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO melancarkan kutipan Tabung Sumbangan bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melunaskan denda berjumlah RM50 juta yang dikenakan terhadapnya bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif itu diambil parti bagi membantu meringankan beban Najib dalam melunaskan denda berkenaan.

Menurut beliau, UMNO turut menyeru seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong parti untuk bersama-sama menjayakan kutipan tersebut.
Seruan itu turut dibuka kepada mana-mana pihak yang ingin memberikan sokongan kepada Najib dengan menyumbang secara sukarela menerusi tabung berkenaan.

Ahmad Zahid menegaskan kutipan sumbangan itu akan dilaksanakan secara telus dan teratur.
Pada masa sama, katanya, segala urusan berkaitan kutipan tersebut akan dibuat dengan mematuhi peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

“UMNO juga dengan ini mengambil inisiatif untuk melancarkan kutipan Tabung Sumbangan bagi membantu meringankan beban Dato’ Sri Mohd Najib dalam melunaskan denda berjumlah RM50 juta yang dikenakan.

“UMNO menyeru seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong parti serta mereka yang ingin bersama-sama memberikan sokongan agar menyumbang secara sukarela melalui satu inisiatif yang akan dilaksanakan secara telus, teratur dan mematuhi segala peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Presiden UMNO itu berkata, beliau bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli parti menjunjung tinggi kebijaksanaan dan budi bicara Seri Paduka Baginda serta menzahirkan setulus-tulus penghargaan atas limpah ihsan baginda. – MYNEWSHUB

Tags: Bantu NajibkutipanlancarLunas DendaRM50 JutaTabung SumbanganUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd