• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Solidariti Najib Razak Cecah RM1 Juta Dalam Tempoh Kurang 24 Jam

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tabung Solidariti Najib Razak Cecah RM1 Juta Dalam Tempoh Kurang 24 Jam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kutipan Tabung Solidariti Najib Razak dilaporkan sudah mencecah RM1 juta setakat pukul 9.30 pagi hari ini, menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi memaklumkan perkembangan itu menerusi satu kenyataan pagi ini sambil menggalakkan orang ramai yang mahu menyumbang supaya meneruskan sumbangan mengikut kemampuan masing-masing.

“Alhamdulillah! Pagi ini pukul 9.30 pagi, Tabung Solidariti Najib Razak sudah mencecah RM1 juta. Teruskan menyumbang walau hanya RM10,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Semalam, tabung berkenaan dilaporkan berjaya mengumpulkan lebih RM634,000 dalam tempoh tiga jam pertama selepas dilancarkan.

Tabung Solidariti Najib Razak dilancarkan bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melunaskan denda RM50 juta susulan perkembangan berkaitan pengampunan bersyarat beliau.

Menurut Asyraf Wajdi, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun rasmi UMNO di CIMB Islamic bernombor 8604886094.

Inisiatif kutipan dana itu sebelum ini diumumkan UMNO bagi membolehkan ahli, penyokong serta rakyat yang berhasrat membantu memberikan sumbangan secara sukarela. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Tags: Asyraf WajdiCecahDalam TempohKurang 24 JamRM1 jutaTabung Solidariti Najib Razak
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

12/10/2026
0

GERIK - Seorang anak muda dari Kampung Bandariang, Gerik, Perak yang sanggup bekerja di kilang demi mengumpul wang untuk melanjutkan...

RUU Akta MARA Baharu Kurangkan Kuasa Pengerusi, Tutup Ruang Rasuah Dan Penyelewengan – Asyraf Wajdi

RUU Akta MARA Baharu Kurangkan Kuasa Pengerusi, Tutup Ruang Rasuah Dan Penyelewengan – Asyraf Wajdi

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 80 peratus kandungan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) baharu memberi tumpuan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd