• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapan Keberhasilan ASEAN Pacu Pelaburan, Perkasa Sektor Mineral – Arthur

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Lapan Keberhasilan ASEAN Pacu Pelaburan, Perkasa Sektor Mineral – Arthur
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ASEAN mengetengahkan lapan keberhasilan utama menerusi Kerjasama Mineral ASEAN 2026, bagi mentransformasi sumber, memacu pelaburan dan memperkasakan sektor secara mampan serta bernilai tinggi.

Ia termasuk menginstitusikan Forum Pelaburan Mineral ASEAN (AMVest) secara rasmi sebagai platform utama tahunan untuk menghubungkan kerajaan, pelabur dan pemimpin industri dengan peluang pelaburan strategik.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup berkata, lapan keberhasilan itu dicapai berdasarkan penyelarasan serantau, pengukuhan institusi dan kesiapsiagaan pelaburan.

“Lapan keberhasilan ini membuktikan kemajuan kolektif ASEAN dalam memperkukuh kerjasama sektor mineral.

“Secara keseluruhannya, keberhasilan ini membentuk asas kukuh bagi pelaburan bertanggungjawab, integrasi rantaian nilai dan pembangunan mampan jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN Mengenai Mineral Kali Ke-11 (AMMin) dan mesyuarat berkaitan di sini, hari ini.

Pada acara sama, Arthur menyempurnakan Majlis Perasmian Bersama AMMin – AMVest 2026 dan mengumumkan lapan keberhasilan utama Kerjasama Mineral ASEAN 2026.

Arthur berkata, keberhasilan kedua ialah Mineral Kritikal ASEAN bagi Daya Tahan Serantau dan Pertumbuhan Mampan yang diterajui Filipina yang merangkumi definisi bersama, senarai 30 mineral kritikal, Ringkasan Dasar dan Deklarasi Pemimpin sebagai asas pembentukan Strategi Mineral Kritikal ASEAN serta Pelan Hala Tuju Pelaksanaannya.

“Ketiga, Pengukuhan Pengaturan Institusi Kerjasama Mineral. Melalui AMMin secara tahunan, penyelarasan kepengerusian sektor dengan kitaran ASEAN dan peningkatan taraf Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama kepada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Mineral (ASOMM) sepenuhnya, kita memastikan keberkesanan institusi, penyelarasan dasar dan kesinambungan yang lebih kukuh.

“Malaysia pula menerajui Garis Panduan Pelaksanaan Prinsip ASEAN bagi Pembangunan Mineral Mampan (APSMD) dengan sokongan teknikal Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik (UN ESCAP). Garis panduan itu mengintegrasikan aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) di sepanjang rantaian nilai mineral,” katanya.

Menurutnya, Rangka Kerja Pemantauan dan Penilaian bagi AMCAP-IV 2026–2030 turut diketengahkan bagi memperkukuh akauntabiliti, keputusan berasaskan bukti dan memastikan hasil yang boleh diukur.

Arthur memaklumkan, Pelan Kerja Kerjasama Mineral ASEAN Campur Tiga 2026–2031 pula memperdalam kerjasama antara Malaysia dengan China, Jepun dan Republik Korea dalam pembangunan mampan, pelaburan, pemindahan teknologi serta perindustrian hiliran.

Selain itu, beliau berkata, Kit Panduan ASEAN bagi Projek Mineral Sedia untuk Pelaburan (IRMP) menyaksikan aktiviti perintis di Indonesia, Vietnam dan Malaysia sedang memperkukuh kebolehbiayaan projek menerusi sokongan Bank Dunia, dengan sasaran penerimaan pakai kit panduan serantau berkenaan pada tahun 2027.

“Satu lagi keberhasilan ialah Pelancaran Awal ASEAN Minerals Connect (AMConnect), iaitu platform digital yang mengintegrasikan pangkalan data mineral, perkhidmatan pengetahuan dan peluang AMVest, bagi memudahkan pelabur menilai prospek di seluruh ASEAN,” katanya.

Dalam ucapan sama, Arthur berkata, semangat tanggungjawab dan sokongan bersama anggota menjadi teras kepada kesentralan ASEAN.

“Pelaburan modal besar dan perubahan teknologi yang diperlukan untuk mentransformasikan sektor mineral kita tanggungjawab berat. Namun, melalui kerjasama serantau, kita mampu memikulnya bersama-sama,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: ArthurASEANLapan KeberhasilanPacu PelaburanPerkasa Sektor Mineral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

18/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa negara-negara ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar bagi memperkukuh kerjasama menangani...

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.