• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sahabat Saya Premier Li Qiang – PMX Anwar

oleh Mynewshub
25/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sahabat Saya Premier Li Qiang – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan rakan sejawatnya dari China, Premier Li Qiang sebagai sahabatnya ketika berkongsi mengenai simbolik bunga orkid yang menghiasi pertemuan dua hala kedua-dua pemimpin di Hangzhou, China.

Anwar berkata, kerajaan China sering menampilkan keindahan bunga orkid, khususnya Phalaenopsis atau Orkid Rama-rama sebagai perhiasan dalam majlis diplomatik utama negara itu.

Menurutnya, perkara itu cukup terserlah ketika beliau mengadakan pertemuan dua hala bersama Li di West Lake State Guest House, Hangzhou pada Khamis.

“Hal ini cukup terserlah tatkala saya mengadakan pertemuan dua hala bersama sahabat saya, Premier Li Qiang di West Lake State Guest House, Hangzhou,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Anwar berkata, dalam bahasa Cina, orkid disebut Lán Huā (兰花), manakala ungkapan Jīn Lán Zhī Jiāo (金兰之交) membawa pengertian persahabatan sejati yang sehati sejiwa, teguh mengharungi ujian serta setia berkongsi suka dan duka.

Beliau turut mengaitkan falsafah itu dengan ungkapan daripada kitab klasik Yi Jing (易经) yang menggambarkan kekuatan dua insan yang sehati sejiwa serta keharuman bicara yang lahir daripada persefahaman.

“Apabila dua insan sehati sejiwa, kekuatannya mampu memotong logam; apabila bicara lahir daripada persefahaman yang sama, harumnya ibarat semerbak bunga orkid,” katanya.

Menurut Anwar, ungkapan tersebut membuatkannya merenung perjalanan hubungan Malaysia-China yang sudah menjangkau 52 tahun dan berkembang melangkaui kepentingan perdagangan serta diplomasi semata-mata.

“Seperti orkid yang mekar dan menyebarkan harum, demikianlah persahabatan Malaysia dan China yang harus terus dibaja dan diperkukuh, bukan sahaja demi kepentingan kedua-dua negara, tetapi terutama demi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: anwarPMXPremier Li QiangSahabat Saya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Menitis Air Mata Kenang Perjuangan Reformasi

PMX Anwar Menitis Air Mata Kenang Perjuangan Reformasi

21/09/2026
0

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebak ketika mengenang kembali perjalanan panjang perjuangan Reformasi bersama isteri,...

Anthony Loke Orang Yang Ada Prinsip – PMX Anwar

Anthony Loke Orang Yang Ada Prinsip – PMX Anwar

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook seorang yang berprinsip....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd