• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek LNG Canada Bukan Tiba-tiba Muncul Bila Madani Masuk Pejabat – Eric Lim

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Projek LNG Canada Bukan Tiba-tiba Muncul Bila Madani Masuk Pejabat – Eric Lim
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric Lim Sian See membangkitkan sejarah di sebalik projek LNG Canada melibatkan Petronas.

Menerusi hantaran di media sosial, Eric Lim berkata, asas kepada pengembangan perniagaan gas Petronas di Kanada dibina pentadbiran Datuk Seri Najib Razak khususnya menerusi pengambilalihan Progress Energy Resources Corp.

Menurut beliau, usaha Petronas mengambil alih syarikat Kanada itu pada mulanya berdepan halangan sebelum Najib menghubungi Perdana Menteri Kanada ketika itu, Stephen Harper bagi membantu mendapatkan kelulusan sebelum pengambilalihan tersebut berjaya diselesaikan pada Disember 2012.

Beliau mendakwa peranan Najib dalam projek besar tersebut namun tidak banyak diketahui umum dan hanya mendapat perhatian selepas rekod kerajaan Kanada berkaitan urus niaga berkenaan didedahkan kepada umum.

“Bukan tiba-tiba muncul bila Madani masuk pejabat,” katanya sambil menyifatkan langkah terdahulu itu sebagai antara asas kepada pengembangan perniagaan gas Petronas di Kanada sehingga membawa kepada projek LNG Canada hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melahirkan rasa syukur apabila Petronas bersama rakan usaha samanya berjaya memuktamadkan keputusan pelaburan bagi projek LNG Canada Fasa 2 di Kitimat, British Columbia.

Anwar berkata, keupayaan syarikat negara menjayakan projek tenaga berskala besar bersama rakan antarabangsa turut mencerminkan kepercayaan terhadap kepakaran dan kemampuan Malaysia. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Eric See-To – Lim Sian See

Tags: Bukan Tiba-tiba MunculEric LimLNG CanadaMadaniMasuk Pejabatprojek
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Projek Canal City Elak Shah Alam Banjir Besar 100 Tahun, Tapi Dibatalkan Kerajaan PKR – Khir Toyo

Projek Canal City Elak Shah Alam Banjir Besar 100 Tahun, Tapi Dibatalkan Kerajaan PKR – Khir Toyo

05/11/2026
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa beliau pernah merancang projek tebatan banjir dikenali sebagai...

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggesa kerajaan melaksanakan tender terbuka bagi membangunkan aplikasi navigasi jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd