• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, September 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

oleh Mynewshub
26/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi pelaburan dan kerjasama perdagangan”

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, potensi pelaburan dan kerjasama perdagangan itu bakal mengalirkan limpahan manfaat serta kemakmuran bersama buat rakyat Malaysia dan China.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, hubungan diplomatik Malaysia-China ketika ini berada pada paras tertinggi.

“Malaysia dan China harus memanfaatkan momentum persahabatan ini untuk terus meneroka peluang dan merintis kerjasama baharu yang lebih gemilang.

“Insya-Allah Jelajah Diplomasi Madani akan terus digerakkan demi rakyat dan pertiwi tercinta, Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Anwar berkata, penyertaan Malaysia dalam Pertandingan dan Sidang Kemuncak WorldSkills serta Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) telah memperlihatkan keupayaan negara di pentas antarabangsa.

Katanya, beliau juga telah menyampaikan pendirian tegas Malaysia bahawa dalam mengejar perkembangan kecerdasan buatan (AI) dan kemajuan teknologi, pasak keinsanan dan nilai tidak boleh diketepikan.

“Di tengah-tengah persaingan global yang mencetuskan ketidaktentuan, kita harus melangkah ke hadapan menerusi dialog dan kerjasama demi membina dunia yang lebih adil dan saksama,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: anwarChinalawatanMembuahkan HasilPMXPotensi Pelaburan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Masih Tunggu Surat Anthony Loke, Zaid Ibrahim: “Hentikan Drama Ini”

PMX Anwar Masih Tunggu Surat Anthony Loke, Zaid Ibrahim: “Hentikan Drama Ini”

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menyindir perkembangan berhubung peletakan jawatan Menteri...

Setinggi Mana Pun Kedudukan, Perlu Dengar Pesan Tuan Guru, Ulama – PMX Anwar

Setinggi Mana Pun Kedudukan, Perlu Dengar Pesan Tuan Guru, Ulama – PMX Anwar

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR – “Setinggi mana pun kedudukan seseorang, kita tetap perlu merendah diri di hadapan ilmu.” Itu penegasan Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd