• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Umum Kerajaan Naikkan Perlindungan Bil Elektrik Kepada 800 kWj Hingga 31 Disember 2026

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Umum Kerajaan Naikkan Perlindungan Bil Elektrik Kepada 800 kWj Hingga 31 Disember 2026
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kilowatt-jam (kWj) kepada 800 kWj sebulan, berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan subsidi bil elektrik itu diputuskan sebagai tindakan segera kerajaan bagi menangani tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat ketika ini.

Menurut beliau, menerusi langkah berkenaan, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik sehingga 800 kWj sebulan akan menikmati perlindungan melibatkan pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)

“Keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas mutakhir ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan menyebabkan kenaikan bil yang luar biasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Suruhanjaya Tenaga atas peranan masing-masing sehingga langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan segera.

Pada masa sama, beliau berkata Kerajaan Madani akan terus memantau perkembangan kos bahan api dan keadaan semasa pasaran tenaga.

Pemantauan itu bagi memastikan setiap keputusan berkaitan tarif elektrik mengambil kira keseimbangan antara kemampuan serta beban hidup rakyat, keterjaminan bekalan elektrik dan kemampanan sektor tenaga negara. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: 800 kWjanwarHingga 31 Disember 2026KerajaanNaikkanPerlindungan Bil ElektrikPMX
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Jasa Ratusan Tahun Sekalipun Bukan Alasan Menyakau Merompak Harta Rakyat, Pelaku Rasuah Tempatnya Di Penjara – PMX Anwar

Jasa Ratusan Tahun Sekalipun Bukan Alasan Menyakau Merompak Harta Rakyat, Pelaku Rasuah Tempatnya Di Penjara – PMX Anwar

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jasa seseorang individu walaupun selama ratusan tahun tidak boleh dijadikan...

Sudah Tiba Masa Masyarakat Cina Berhenti Pertahankan PH, Anwar – Lee Chean Chung

Sudah Tiba Masa Masyarakat Cina Berhenti Pertahankan PH, Anwar – Lee Chean Chung

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya, Lee Chean Chung menggesa masyarakat Cina berhenti mempertahankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd