• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

oleh Mynewshub
17/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan buatan (AI) dalam usaha membentuk dan menyebarkan naratif politik di platform digital.

Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mendakwa terdapat akaun sebenar yang digerakkan secara beramai-ramai untuk meninggalkan komen dengan naratif hampir sama.

Azrul mendakwa individu yang digelarnya sebagai ‘ceplos’ itu dikumpulkan menerusi kumpulan Telegram dan WhatsApp sebelum diberikan pautan hantaran Facebook atau siaran langsung TikTok yang perlu dikomen.

Menurut dakwaannya, mereka turut dibekalkan naratif tertentu sebelum menghasilkan komen menggunakan olahan ayat masing-masing.

“Setiap komen yang mereka buat di FB, mereka akan screenshot dan claim 20 sen. Kalau di TikTok Live komen diorang 40 sen setiap komen. Bayaran diberikan setiap minggu selepas bukti screenshot disertakan,” dakwanya menerusi hantaran media sosial.

Azrul turut mendakwa terdapat puluhan kumpulan WhatsApp dan Telegram seumpama itu dengan sebahagiannya mempunyai lebih 100 ahli, selain mendakwa operasi berkenaan turut menggunakan kaedah “menternak Walabot”

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa pula mendakwa terdapat pihak menggunakan ‘cytro’, robot dan AI bagi membina naratif negatif untuk menghalang kerjasama UMNO-PAS.

“Kita sedar ada pihak sedang berusaha sedaya upaya supaya Muafakat UMNO-PAS tidak berlaku. Cytro, robot, AI dan lain-lain bina naratif negatif,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Azrul Abu Hasan/Tan Sri Annuar Musa

Tags: ‘Ceplos Berbayar’botNaratif PolitikPASpemimpinUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd