• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin MANDIRI Ditahan Timbulkan Kebimbangan Anak Muda Mengenai Hak Bersuara – ADUN Semambu

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Pemimpin MANDIRI Ditahan Timbulkan Kebimbangan Anak Muda Mengenai Hak Bersuara – ADUN Semambu
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – ADUN Semambu, Chan Chun Kuang menggesa pihak berkuasa menjelaskan asas dan skop siasatan terhadap dua pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) anak muda MANDIRI yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA)

Beliau berkata, pihak berkuasa mempunyai hak dan tanggungjawab menjalankan siasatan sekiranya terdapat asas serta bukti mencukupi, namun proses itu tidak seharusnya bertukar menjadi intimidasi terhadap aktivis atau NGO hanya kerana mereka bersuara dan mengkritik kerajaan.

“Malaysia memerlukan masyarakat sivil yang berani bersuara, menuntut ketelusan dan mempersoalkan tindakan pihak berkuasa. Mereka mengkritik kerajaan, membangkitkan isu kepentingan awam dan menuntut akauntabiliti. Peranan sebegini tidak sepatutnya dilihat sebagai ancaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chun Kuang berkata, kerajaan juga perlu memastikan tidak timbul persepsi bahawa institusi negara digunakan untuk menghukum atau menakutkan pihak yang mengkritik pentadbiran.

Menurutnya, sekiranya kritikan terhadap pihak berkuasa dikaitkan dengan siasatan atau penahanan, ia boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan anak muda untuk bersuara mengenai pentadbiran negara.

Katanya, prinsip kebebasan bersuara, hak berhimpun, kebebasan masyarakat sivil dan hak rakyat mempersoalkan kerajaan tidak seharusnya berubah bergantung kepada siapa yang memegang kuasa.

Chun Kuang turut mempersoalkan adakah tindakan terhadap MANDIRI selepas penglibatan pertubuhan itu dalam perhimpunan #TangkapAzamBaki.

“Satu persoalan yang lebih besar juga perlu dijawab: Mengapa MANDIRI terus berdepan dengan tindakan sedemikian sejak penglibatan mereka dalam perhimpunan #TangkapAzamBaki?,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Chan Chun Kuang – CK

Tags: ADUN Semambuanak mudaDitahan Timbulkan KebimbanganHak BersuaraMANDIRIpemimpin
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Pemimpin Parti Amanah Dakwa Bimbang Bayaran Denda RM50 Juta Dan Tahanan Rumah Najib Hakis Keyakinan Rakyat

Pemimpin Parti Amanah Dakwa Bimbang Bayaran Denda RM50 Juta Dan Tahanan Rumah Najib Hakis Keyakinan Rakyat

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa melahirkan kebimbangan pengurangan hukuman, pembayaran...

15,000 Anak Muda Hadir Program Santai Orang Melaka Bersama Ustaz Azhar Idrus

15,000 Anak Muda Hadir Program Santai Orang Melaka Bersama Ustaz Azhar Idrus

08/11/2026
0

AYER KEROH - Kira-kira 15,000 anak muda menghadiri program Santai Orang Melaka bersama pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd