• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Pendidikan Persoal Isu 30% Ekuiti Bumiputera Dalam IPS Digugurkan

oleh Mynewshub
23/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pakar Pendidikan Persoal Isu 30% Ekuiti Bumiputera Dalam IPS Digugurkan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memperjelaskan strategi alternatif bagi memastikan pemilikan Bumiputera dalam industri pendidikan swasta terus diperkasakan susulan 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengoperasikan institusi pendidikan swasta (IPS)

Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, persoalan utama selepas syarat berkenaan digugurkan sama ada terdapat instrumen lain yang mampu membina kapasiti pemilikan Bumiputera dalam industri tersebut.

Menurutnya, tanpa mekanisme alternatif, terdapat risiko Bumiputera terus mempunyai penyertaan sebagai pelajar dan tenaga kerja, tetapi kekal lemah dari sudut pemilikan aset serta ekuiti industri pendidikan swasta.

Beliau mengingatkan tentang data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menunjukkan sektor pendidikan swasta memiliki aset tetap bernilai RM21 bilion pada 2022, merangkumi antaranya bangunan, tanah, kampus, makmal, peralatan dan teknologi.

“Berapakah nilai aset pendidikan swasta yang dimiliki Bumiputera? Berapakah bangunan sekolah, kolej dan universiti yang mempunyai pemilikan Bumiputera? Berapakah syarikat pendidikan dan teknologi pendidikan yang dimiliki Bumiputera? Berapakah nilai ekuiti mereka?” katanya dalam satu kenyataan.

Anuar berkata, data mengenai struktur pemilikan ekonomi itu penting kerana statistik pendidikan lazimnya hanya mengukur jumlah pelajar, guru, institusi dan pencapaian, bukannya pemilikan aset serta ekuiti mengikut kumpulan.

Justeru, beliau mencadangkan kerajaan mempertimbangkan instrumen afirmatif baharu termasuk penubuhan Dana Ekuiti Pendidikan Bumiputera, skim pembiayaan bagi pengambilalihan institusi pendidikan sedia ada serta skim padanan pelaburan antara kerajaan,
institusi kewangan dan pelabur swasta.

Beliau mengakui syarat ekuiti 30 peratus itu digugurkan tidak semestinya dengan sendirinya menggugat masa depan pemilikan Bumiputera, namun kerajaan perlu menjelaskan sasaran dan strategi jangka panjang apabila pasaran pendidikan swasta dibuka dengan lebih luas.

“Jika pasaran mahu dibuka, bina juga agenda memperkasa kapasiti Bumiputera. Jika persaingan mahu diperluas, bina juga syarikat Bumiputera yang mampu bersaing.

“Jika mahu industri pendidikan swasta berkembang, pastikan juga terdapat mekanisme untuk mengukur siapa yang memiliki industri tersebut,” katanya.

Anuar menegaskan pendidikan swasta kini bukan sekadar sektor pelengkap atau medan membina modal insan, malah sudah berkembang menjadi industri ekonomi yang signifikan.

“Kita tidak boleh lagi hanya sekadar menyediakan Bumiputera sebagai sumber tenaga kerja untuk industri. Kita juga perlu membina kemampuan Bumiputera untuk memiliki industri,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: 30% Ekuiti BumiputeraAnuar AhmadDigugurkanIPSpakar pendidikanpersoal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

IPS Tidak Perlu 30% Ekuiti Bumiputera: Siapa Sebenarnya Yang Hadir Sesi Perbincangan Tersebut? – Ivone Low

IPS Tidak Perlu 30% Ekuiti Bumiputera: Siapa Sebenarnya Yang Hadir Sesi Perbincangan Tersebut? – Ivone Low

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Beliawanis MCA, Ivone Low Yi Wen mempersoalkan percanggahan kenyataan antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pelaburan,...

Isu 30 Peratus Ekuiti Bumiputera IPS – Satu Kapal, Dua Kompas

Isu 30 Peratus Ekuiti Bumiputera IPS – Satu Kapal, Dua Kompas

22/09/2026
0

DUA kementerian dalam kerajaan yang sama tampil dengan kenyataan yang tidak sehaluan mengenai isu 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd