• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda MCA Persoal Peruntukan Kerajaan Pusat Menjelang PRN Melaka

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Pemuda MCA Persoal Peruntukan Kerajaan Pusat Menjelang PRN Melaka
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda MCA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat pengumuman peruntukan Kerajaan Pusat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Pengerusi Pemuda MCA Kebangsaan, Mike Chong Yew Chuan berkata, tindakan itu menimbulkan persoalan sama ada sumber kerajaan digunakan untuk publisiti politik atau pembelian undi secara terselindung.

Menurutnya, baru-baru ini bantuan kewangan disampaikan kepada pemandu teksi sebelum mengumumkan peruntukan RM800,000 kepada lapan sekolah menerusi program Sekolah Angkat Madani (SAM), masing-masing menerima RM100,000.

Beliau berkata, bantuan untuk menaik taraf sekolah serta membantu pemandu teksi dan bas sekolah tidak salah, namun mengapa pengumuman dan pengagihannya tertumpu di Melaka menjelang pilihan raya.

“Adakah ini sekadar urusan pentadbiran biasa atau masa dan publisiti pengumuman tersebut mempunyai tujuan politik lain?” soalnya dalam kenyataan pada Rabu.

Mike Chong menegaskan, dana kerajaan milik rakyat dan tidak boleh dijadikan alat kempen bagi memberikan kelebihan kepada parti tertentu.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa meneliti tarikh kelulusan peruntukan, kaedah pemilihan penerima, penganjuran dan publisiti program serta kemungkinan penglibatan kempen parti.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pula digesa memperjelas sempadan antara bantuan kerajaan yang sah dengan publisiti politik serta memperkukuh pemantauan bagi memastikan persaingan adil.

Menurutnya, SPR mesti memastikan pilihan raya berlangsung secara adil, berkecuali dan telus supaya kelebihan sebagai kerajaan tidak mengaburkan sempadan antara pentadbiran dengan kempen politik. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial MCA

Tags: kerajaan pusatMenjelangPemuda MCApersoalperuntukanPRN Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bakul Makanan Dikaitkan Dengan Bakal Calon PRN Melaka

Bakul Makanan Dikaitkan Dengan Bakal Calon PRN Melaka

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub   Video memaparkan seorang lelaki yang dikaitkan dengan status bakal calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersama bekalan...

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggesa kerajaan melaksanakan tender terbuka bagi membangunkan aplikasi navigasi jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd