• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Mula Persoal Berapa Kadar Penggunaan Elektrik Rumah Menteri

oleh Mynewshub
17/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Netizen Mula Persoal Berapa Kadar Penggunaan Elektrik Rumah Menteri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saranan supaya orang ramai mengawal penggunaan elektrik bagi mengurangkan bil bulanan mencetuskan perbincangan di media sosial apabila ada netizen mula mempersoalkan kadar penggunaan elektrik di kediaman menteri.

Antara persoalan yang dibangkitkan sama ada penggunaan elektrik di kediaman golongan berkenaan turut dipantau dan diamalkan secara berhemah sebagaimana yang disarankan kepada pengguna biasa.

“Cuba periksa satu persatu rumah YB, bekas YB, menteri dan bekas menteri. Berapa sebulan mereka gunakan elektrik? Adakah mereka ini tidak membazir elektrik?” menurut satu komen di media sosial.

Persoalan itu timbul ketika isu kenaikan bil elektrik menjadi perhatian dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 15 September lalu menasihati pengguna memantau penggunaan tenaga dengan lebih berkesan.

Ia boleh dipantau melalui kemudahan aplikasi myTNB yang membolehkan pengguna meter pintar melihat corak penggunaan dan memantau penggunaan tenaga dengan lebih dekat.

Pengguna juga boleh mengamalkan langkah kecekapan tenaga termasuk menetapkan suhu penyaman udara antara 24 hingga 26 darjah Celsius serta menggunakan pemasa bagi mengawal tempoh penggunaan.

Selain itu, skim Time-of-Use (ToU) membolehkan pengguna yang layak menikmati kadar lebih rendah dengan mengalihkan penggunaan elektrik ke waktu luar puncak.

Bagi skim berkenaan, waktu luar puncak adalah antara 10 malam hingga 2 petang pada Isnin hingga Jumaat serta sepanjang hari pada Sabtu dan Ahad. – MYNEWSHUB

Tags: BerapaelektrikKadar PenggunaanNetizenpersoalRumah Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Puji Jersi Baharu Penjaga Gol JDT Cantik Menarik

Netizen Puji Jersi Baharu Penjaga Gol JDT Cantik Menarik

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Laman Facebook Johor Southern Tigers mencuri perhatian penyokong selepas memperkenalkan jersi baharu penjaga gol kelab bola sepak...

Kebaikan Yang Tidak Perlu Diketahui, “Tapi Post Dalam Facebook” – Netizen

Kebaikan Yang Tidak Perlu Diketahui, “Tapi Post Dalam Facebook” – Netizen

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Hantaran di media sosial oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berhubung tindakannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd