• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Poster Lama Helmy Duyong Cuit Hati Netizen

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Poster Lama Helmy Duyong Cuit Hati Netizen
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mencuit hati netizen apabila berkongsi gambar poster kempen lamanya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 2021.

Menerusi hantaran di media sosial, beliau mengimbau pengalaman mengambil gambar untuk poster berkenaan yang terpaksa diulang lebih lima kali kerana kekok bergaya di hadapan kamera.

“Ni poster dulu masa tahun 2021. Ingat lagi, nak dapatkan gambau macam ni lebih lima kali ulang ambil. Kameraman naik darah, dengan Mat sekali naik angin.

“Keras macam kayu. Nak kenalkan diri pun malu,” katanya.

Helmy turut berseloroh mengenai sesi fotografi poster kempen kali ini dengan mencadangkan gaya lebih santai seperti generasi muda.

“Ni jap lagi nak ambil gambau untuk poster kempen kali ini.

“Kalau nak ubah cara posing ala-ala gen-z agak-agak pengurusan parti benarkan ke tak ya,” selorohnya sambil menandakan nama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi lucu dalam kalangan netizen.

Seorang pengguna, Khosea R. Jonathan mencadangkan supaya Helmy menghasilkan poster perbandingan sebelum dan selepas.

“Boleh buat before & after YB. Before Keeper, after Striker,” komennya.

Faudleen Hamidy pula berseloroh bahawa Helmy perlu mengubah gaya rambut bagi menampilkan imej Gen Z.

Sementara itu, Tuan Marzuki mengaitkan perubahan fizikal wakil rakyat berkenaan dengan kesibukannya menjalankan tugas.

“YB Helmy Duyong ternyata memang bekerja untuk rakyat,” katanya.

Hantaran itu turut menarik perhatian pemimpin Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya yang meninggalkan komen berseloroh.

“Ni yg jumpa dekat bawah pokok duk termenung,” gurau beliau. – MYNEWSHUB

Tags: Cuit HatiHelmy DuyongNetizenPoster Lama
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Netizen Puji Keberanian Pelajar Peluk Rakan Bersenjata Kapak, Lindungi Guru

Netizen Puji Keberanian Pelajar Peluk Rakan Bersenjata Kapak, Lindungi Guru

22/10/2026
0

KUCHING - Tindakan seorang pelajar tidak melarikan diri, sebaliknya membantu melindungi gurunya dengan memeluk seorang pelajar lain yang bertindak menyerang...

Ramai Pembuli Jadi ‘Loser’ Setelah Dewasa, Masa Zaman Sekolah Taiko Sangat – Netizen

Ramai Pembuli Jadi ‘Loser’ Setelah Dewasa, Masa Zaman Sekolah Taiko Sangat – Netizen

16/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perkongsian seorang pempengaruh dikenali sebagai Cikgu Asai mengenai pengalaman dibuli ketika zaman persekolahan mengundang reaksi pengguna media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd