• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, September 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCMC Siasat Video Pementasan Tular Sentuh Institusi Raja, Malaysia dan Rukun Negara

oleh Mynewshub
19/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
MCMC Siasat Video Pementasan Tular Sentuh Institusi Raja, Malaysia dan Rukun Negara
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan berhubung sebuah video pementasan yang tular di media sosial dan didakwa mengandungi kandungan menyentuh institusi Raja, Malaysia serta Rukun Negara.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah menerima aduan berhubung penyebaran video berkenaan.

Menurut suruhanjaya itu, semakan awal mendapati rakaman tersebut sebenarnya berasal daripada sebuah pementasan pada tahun 2018, namun kini kembali disebarkan menerusi media sosial.

Susulan itu, MCMC telah mengenal pasti beberapa akaun media sosial serta individu berkaitan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

MCMC turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melengkapkan siasatan termasuk perkara berkaitan bukti digital.

Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan mengenai individu yang dikaitkan dengan video berkenaan.

Menurut MCMC, tindakan itu penting bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap proses siasatan yang sedang berlangsung. – MYNEWSHUB

 

Tags: Institusi RajaMalaysiaMCMCrukun negaraSentuhsiasatTularVideo Pementasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Starlink: Keprihatinan Di Sebalik Peluang Pembangunan

Starlink: Keprihatinan Di Sebalik Peluang Pembangunan

15/09/2026
0

PADA tahun 2023, layanan broadband satelit Starlink milik Elon Musk secara rasmi memasuki Malaysia, dan kini SpaceX berhasrat untuk menawarkan...

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd