• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Boleh Jadi Menteri, Takkan Shahrol Shiro Tak Boleh Jadi Pengajar Sambilan UKM?

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Mat Sabu Boleh Jadi Menteri, Takkan Shahrol Shiro Tak Boleh Jadi Pengajar Sambilan UKM?
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail mempersoalkan kritikan terhadap pelantikan pelawak dan penggiat seni Shahrol Shiro sebagai pengajar sambilan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan membandingkannya dengan pelantikan individu ke jawatan menteri Kabinet.

Menerusi hantaran di media sosial, Syed Rosli membangkitkan persoalan mengapa kelayakan akademik dijadikan ukuran utama dalam mempertikaikan pelantikan Shahrol sedangkan, menurutnya, ukuran sama tidak semestinya digunakan bagi jawatan lain.

Beliau mengambil contoh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang pernah diberikan kepercayaan memegang portfolio Menteri Pertahanan sebelum mengetuai kementerian berkenaan ketika ini.

“Kalau kelayakan akademik dijadikan kayu ukur mutlak untuk menilai kemampuan seseorang, bagaimana pula Mat Sabu boleh diberikan kepercayaan menjadi Menteri Kabinet?” soalnya.

Syed Rosli berkata, Shahrol pula bukan dilantik sebagai profesor atau dekan, sebaliknya hanya sebagai pengajar sambilan bagi Kursus Citra Universiti untuk Kelas Seni Lakon yang mengkhususkan kepada stand-up comedy.

Malah, katanya, UKM menjelaskan tugas Shahrol hanya melibatkan latihan amali dan praktikal tanpa pengajaran di dalam kuliah.

Pelantikannya dibuat berdasarkan pengalaman sebagai pengamal industri dalam bidang lakonan, persembahan, komedi, pengacaraan dan produksi.

Sehubungan itu, Syed Rosli menegaskan, tidak wajar kelayakan akademik dijadikan ukuran secara terpilih sehingga standard berkenaan berubah mengikut sentimen politik atau peribadi.

“Jangan hari ini ijazah menjadi ukuran mutlak, esok pengalaman pula dijadikan alasan. semuanya bergantung kepada siapa yang sedang kita pertahankan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Syed Rosli Harman

Tags: Boleh Jadi MenteriJadi Pengajar SambilanMat SabuTak BolehTakkan Shahrol ShiroUKM
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

‘Jika Ada Kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council Patut Tanya PMX’ – Onn Hafiz

‘Jika Ada Kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council Patut Tanya PMX’ – Onn Hafiz

12/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan Tony Pua, Datuk Seri Mohamad Sabu, Majlis Peguam (Bar...

Mat Sabu Ingatkan Calon PH Merlimau Jangan Curi Wang Rakyat, Curi Pasir Selepas Menang

Mat Sabu Ingatkan Calon PH Merlimau Jangan Curi Wang Rakyat, Curi Pasir Selepas Menang

10/11/2026
0

MELAKA - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd