• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan peruntukan besar kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) diurus secara telus dan tidak disalahgunakan.

“Sememangnya tindakan tegas harus diambil demi memastikan peruntukan besar UiTM yang telah ditingkatkan kepada RM3.08 bilion bagi tahun 2026 diuruskan dengan telus dan tidak disalahgunakan,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Beliau pada masa sama menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mengambil tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu perbelanjaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang melebihi peruntukan diluluskan.

Guan Eng mendakwa, tindakan terhadap KKDW dan Ahmad Zahid perlu dilaksanakan dengan prinsip penguatkuasaan yang sama seperti siasatan terhadap pengurusan UiTM Holdings.

Dakwa beliau, tindakan sama perlu dikenakan susulan perbelanjaan bagi projek jalan luar bandar yang melebihi peruntukan diluluskan sebanyak RM2.1 bilion secara keseluruhan bagi tempoh 2023 hingga 2025.

Guan Eng mendakwa, perbelanjaan melebihi peruntukan itu melanggar prosedur dan tatacara kewangan sedia ada serta menegaskan perkara tersebut perlu diberi perhatian serius bagi mengelakkan amalan sama berulang di kementerian lain. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lim Guan Eng

Tags: gesaIsu UiTM HoldingsLim Guan EngsokongSPRMTindakan TegasTurut Siasat Zahid
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

Rafizi Gesa Anwar Buang BN Dari Kerajaan Persekutuan, Pecat Menteri UMNO

Rafizi Gesa Anwar Buang BN Dari Kerajaan Persekutuan, Pecat Menteri UMNO

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengasas parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggugurkan semua menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd