• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

oleh Mynewshub
11/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Baginda menerusi satu hantaran di media sosial memaklumkan kejohanan berprestij itu dirancang dalam tempoh tiga bulan, manakala infrastrukturnya berjaya dibangunkan dalam tempoh hanya tiga minggu.

Titah Tunku Mahkota Ismail, kejohanan berkenaan turut menampilkan aksi polo berhandikap tinggi (High Goal Polo) bersama pemain-pemain polo bertaraf juara Terbuka.

Sehubungan itu, baginda menyifatkan penganjuran Johor Super Crown Polo sebagai satu acara yang berjaya.

“Tangan berjabat, urus niaga dimeterai. Potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor. Alhamdulillah,” titah baginda menerusi hantaran tersebut.

Kenyataan itu sekali gus menggambarkan penganjuran kejohanan berkenaan bukan sahaja melibatkan sukan polo bertaraf tinggi.

Ia malah menjadi medan pertemuan yang membuka ruang kepada potensi urus niaga dan pelaburan untuk Johor.

Dalam kejohanan Johor Super Crown Polo 2026 baru-baru ini, pasukan Royal Johor diketuai Tunku Mahkota Ismail muncul juara selepas menewaskan Temasek 10-7 dalam aksi final di Padang Polo Diraja, Istana Pasir Pelangi.

Baginda yang mengalami kecederaan pada tangan tetap beraksi pada perlawanan akhir dan menjaringkan empat gol, masing-masing pada chukka kedua, keempat, kelima dan keenam.

Prestasi cemerlang baginda turut mendapat pengiktirafan apabila Tunku Mahkota Ismail dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) bagi perlawanan akhir.

Kejayaan Royal Johor turut dilengkapkan apabila kuda tunggangan baginda, Poliya Cara Palida dipilih sebagai ‘The Best Playing Pony’ – MYNEWSHUB

 

Tags: Buka PotensiJohorJohor Super Crown PolopelaburanPemangku Sultan JohorRatusan BilionTunku Mahkota Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Royal Johor Vs Temasek Perlawanan Akhir JSCPT 2026

Royal Johor Vs Temasek Perlawanan Akhir JSCPT 2026

05/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Pasukan Royal Johor akan menentang Temasek pada aksi kemuncak perlawanan akhir Johor Super Crown Polo Tournament (JSCPT)...

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Menteri Hal Ehwal Luar Negara Singapura

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Menteri Hal Ehwal Luar Negara Singapura

03/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerima menghadap Menteri Hal Ehwal Luar Negara Singapura, Dr Vivian Balakrishnan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd