• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong melihat dengan lebih dekat kehidupan dan perjalanan Harimau Selatan di belakang tabir.

Menurut hantaran laman media sosial Johor Southern Tigers, kandungan premium pertama platform berkenaan adalah Untamed, dokumentari berdurasi 76 minit yang bakal ditayangkan secara eksklusif menerusi JDT+ pada 22 Oktober 2026.

Platform berasaskan langganan itu turut dijangka menawarkan pelbagai kandungan lain kepada penyokong JDT dari semasa ke semasa.

Selepas Untamed, JDT+ akan menampilkan Outbound, siri dokumentari tahunan yang mengikuti perjalanan JDT dalam saingan AFC Champions League Elite.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia berkata, pelancaran JDT+ merupakan satu lagi langkah penting dalam perkembangan Harimau Selatan bukan sahaja sebagai sebuah kelab bola sepak, malah organisasi sukan moden.

Menurutnya, platform itu memberi peluang kepada penyokong melihat dengan lebih mendalam kehidupan seharian pemain, persediaan pasukan, kerja di belakang tabir serta individu yang memainkan peranan dalam menggerakkan kelab.

Beliau berkata, inovasi sentiasa menjadi antara asas visi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam membangunkan JDT, dengan matlamat bukan sekadar mencapai kejayaan di atas padang tetapi terus berkembang dan menetapkan standard baharu.

“JDT+ adalah sebahagian daripada visi itu. Ia mendekatkan penyokong kepada kelab dan membolehkan kami menceritakan kisah JDT dengan lebih mendalam dan autentik. Dan ini baru permulaan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Johor Southern Tigers

Tags: ‘Untamed’Bersiaran 22 OktoberdokumentariJDTLancar JDT+
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

JDT Mara Ke Final Piala FA Buat Kali Kelima Berturut-turut, Tewaskan DPMM FC 6-1

JDT Mara Ke Final Piala FA Buat Kali Kelima Berturut-turut, Tewaskan DPMM FC 6-1

09/11/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan kecemerlangan dalam saingan bola sepak tempatan apabila mengesahkan kemaraan ke pentas final...

JDT Harungi Empat Perlawanan Sepanjang November, Termasuk Aksi Menentang Jeonbuk Hyundai

JDT Harungi Empat Perlawanan Sepanjang November, Termasuk Aksi Menentang Jeonbuk Hyundai

31/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor Darul Ta'zim (JDT) dijadualkan mengharungi empat perlawanan sepanjang November 2026, termasuk tiga aksi di pentas Liga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd