• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Politikkan UiTM Holdings – Fathul Bari

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Jangan Politikkan UiTM Holdings – Fathul Bari
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi UiTM Holdings Sdn Bhd (UiTM Holdings), Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya meminta supaya isu kerugian dialami UiTM Holdings tidak dipolitikkan.

Menurut beliau, kerugian sekitar RM157 juta yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bukan kerugian yang baru timbul.

Kata beliau, ia telah dilaporkan sejak 2023 dan Kementerian Pendidikan Tinggi ketika itu menjelaskan ia merupakan kerugian terkumpul sejak 2007.

Malah, kata beliau, kerugian itu turut diteliti melalui Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022 dan prosiding PAC sebelum Laporan PAC dibentangkan pada 2024.

“Saya berharap isu ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak, daripada mana-mana parti sekalipun. Ini bukan isu politik. Ini isu pemulihan sebuah aset milik universiti.

“Jika UiTM Holdings kukuh, nilai akhirnya kembali kepada UiTM. Jika ia terus lemah, UiTM juga menerima kesannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Anwar mengarahkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjalankan semakan terhadap tadbir urus dan pengurusan UiTM Holdings susulan kerugian dialami syarikat itu.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, sebarang kelemahan perlu diperbaiki dan tindakan perlu diambl jika siasatan menemukan kecurangan.

Fathul Bari turut memaklumkan, beliau mengambil amanah sebagai Pengerusi UiTM Holdings pada Ogos 2025 dan pihak pengurusan sedang berusaha meletakkan UiTM Holdings kembali pada landasan pertumbuhan.

“Kami sudah ada pelan. Pelan dan cadangan pemulihan telah beberapa kali dibentangkan melalui saluran tadbir urus termasuk kepada Lembaga Pengarah Universiti,” katanya.

Beliau seterusnya mencadangkan kepada Anwar selaku Menteri Kewangan meneliti satu kerangka nasional supaya syarikat pegangan dan anak syarikat universiti diberikan First Right of Refusal (FROR)

Kata beliau, ia bagi peluang perniagaan yang bersesuaian dalam ekosistem universiti masing-masing; tertakluk sepenuhnya kepada merit, due diligence, daya saing dan tadbir urus.

“Bukan projek percuma. Bukan monopoli, tetapi peluang pertama untuk bersaing dan dinilai secara profesional,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Dr. Fathul Bari

Tags: Fathul BariJanganPolitikkanUiTM Holdings
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

Jangan ‘Swastakan’ Tanggungjawab Didik Anak Kepada Sekolah – Asyraf Wajdi

Jangan ‘Swastakan’ Tanggungjawab Didik Anak Kepada Sekolah – Asyraf Wajdi

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ibu bapa diingatkan supaya tidak ‘menswastakan’ sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru dan pihak sekolah. Pengerusi Majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd