• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, September 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asyraf Wajdi Sedih, Kongsi Dakwaan Kes Buli Bukan Kali Pertama Berlaku Di Sekolah Sama

oleh Mynewshub
26/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Asyraf Wajdi Sedih, Kongsi Dakwaan Kes Buli Bukan Kali Pertama Berlaku Di Sekolah Sama
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan rasa sedih dan terkesan susulan kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dari sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah yang didakwa menjadi mangsa buli.

Beliau menegaskan kejadian berkenaan wajib disiasat dengan segera dan telus, selain tindakan tegas perlu diambil sekiranya terdapat pihak yang didapati bersalah.

“Pagi ini amat sedih dan terkesan dengan berita kematian seorang pelajar lelaki dari sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah, yang didakwa menjadi mangsa buli. Wajib disiasat segera, telus dan ambil tindakan tegas!” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Asyraf Wajdi turut berkongsi komen seorang individu dalam thread berkaitan kejadian itu yang mendakwa insiden seumpamanya bukan kali pertama berlaku di sekolah terbabit.

Bagaimanapun, dakwaan yang dikongsikan itu belum disahkan dan memerlukan siasatan pihak berkuasa.

“Kalau menurut salah seorang yang komen di thread, ini bukan kali pertama seperti ini berlaku di sekolah yang sama. Bahkan yang lebih menyedihkan, jika benar seperti didakwa, tiada tindakan tegas diambil bahkan yang mengadu pula menerima akibat,” katanya.

Menurut Asyraf Wajdi, budaya buli tidak boleh dibiarkan menjalar dan mengakar kerana ia boleh menjadi barah sehingga akhirnya mencetuskan kejadian lebih buruk.

Beliau dalam masa sama menjelaskan MARA khususnya di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) mengamalkan prinsip #YouTouchYouGo sebagai peringatan bahawa tiada kompromi terhadap perbuatan buli.

Malah katanya, tindakan tegas juga boleh dikenakan terhadap pentadbir, warden atau guru sekiranya mereka didapati cuba menyembunyikan kes buli atas apa juga alasan.

Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) pada Jumaat malam.

Polis dilaporkan memaklumkan kes kematian pelajar Tingkatan Dua itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Tags: Asyraf WajdiBerlaku Di Sekolah SamaBukan Kali Pertamakes buliKongsi Dakwaansedih
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tabung Solidariti Najib Razak Cecah RM1 Juta Dalam Tempoh Kurang 24 Jam

Tabung Solidariti Najib Razak Cecah RM1 Juta Dalam Tempoh Kurang 24 Jam

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kutipan Tabung Solidariti Najib Razak dilaporkan sudah mencecah RM1 juta setakat pukul 9.30 pagi hari ini, menurut...

Kontraktor MARA Wajib Utamakan Bahan Mentah Usahawan Bumiputera

Kontraktor MARA Wajib Utamakan Bahan Mentah Usahawan Bumiputera

18/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua pengusaha dewan makan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan kolej MARA yang mendapat kontrak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd