• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anthony Loke Kekal Menteri Pengangkutan Sehingga Najib Mula Tahanan Rumah

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Anthony Loke Kekal Menteri Pengangkutan Sehingga Najib Mula Tahanan Rumah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Pengangkutan sehingga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mula menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

Anthony Loke berkata, surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Menurutnya, keputusan untuk meletakkan jawatan dibuat bagi menyampaikan pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan pengampunan bersyarat diberikan kepada Najib yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman bagi sabitan kes SRC International di rumah.

Bagaimanapun, Anthony Loke menjelaskan beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Pengangkutan buat sementara waktu sehingga pelaksanaan tahanan rumah Najib bermula.

“Buat masa ini, beliau (Perdana Menteri) meminta saya untuk terus kekal dalam jawatan buat sementara waktu. Bagaimanapun, surat itu sudah diserahkan kepada beliau.

“Sudah tentu saya tetap dengan keputusan parti untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri (Pengangkutan). Namun berhubung tarikh kuat kuasa peletakan jawatan, ia akan diputuskan oleh Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, Anthony Loke mengumumkan hasrat meletakkan jawatan selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 19 September lalu yang berlangsung kira-kira tiga jam bagi membincangkan perkembangan berkaitan pengampunan bersyarat Najib.

Keputusan itu hanya melibatkan Anthony Loke, manakala menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kestabilan politik dan pentadbiran negara tidak terjejas.

Najib diberikan pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman bagi kes SRC International secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta syarat-syarat lain yang ditetapkan. – MYNEWSHUB

Tags: Anthony LokekekalMenteri PengangkutanSehingga Najib Mula Tahanan Rumah
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Sindir Anthony Loke ‘Letak Jawatan Bersyarat’

FB Najib Razak Sindir Anthony Loke ‘Letak Jawatan Bersyarat’

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman Facebook Najib Razak menyindir Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook susulan perkembangan terbaharu berhubung peletakan...

PMX Anwar Masih Tunggu Surat Anthony Loke, Zaid Ibrahim: “Hentikan Drama Ini”

PMX Anwar Masih Tunggu Surat Anthony Loke, Zaid Ibrahim: “Hentikan Drama Ini”

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menyindir perkembangan berhubung peletakan jawatan Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd