KUALA LUMPUR – DAP Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.
Menerusi satu hantaran di media sosial hari ini, Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Anthony Loke menepati janji serta mengamalkan apa yang diperjuangkannya.
“Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agung DAP yang menepati janji serta mengamalkan apa yang diperjuangkannya.
“Meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebagai tanda tidak bersetuju dengan keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjalani hukuman tahanan rumah,” katanya.
Guan Eng seterusnya mendakwa peletakan jawatan Anthony Loke membuktikan konsistensi pendirian DAP ketika menjadi pembangkang mahupun ketika dalam kerajaan.
Dakwa beliau, pendirian DAP adalah tetap tegas dan lantang membantah peranan utama Najib dalam skandal 1MDB bernilai RM52 bilion.
“DAP sentiasa berbeza kerana berpegang teguh pada prinsip memperjuangkan kebenaran dan menolak kemungkaran.
“Anthony Loke telah membuktikan dengan jelas bahawa inilah DAP yang sebenar apabila beliau sanggup mengorbankan jawatan demi prinsip, serta melepaskan segala kemudahan dan keistimewaan jawatan demi mempertahankan maruah
“Seluruh kepimpinan dan anggota DAP berdiri teguh di belakang Setiausaha Agung, Sdr. Loke Siew Fook,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lim Guan Eng


