• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

oleh Mynewshub
09/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga juruterbang serta petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang maut dalam nahas helikopter di Sarawak semalam.

Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar seluruh keluarga dan waris mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

“Al-Fatihah dan salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Jasa dan pengorbanan mereka akan sentiasa dikenang,” titah Seri Paduka Baginda hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden helikopter terhempas di Sarawak semalam diteruskan hari ini dengan penglibatan pasukan polis, tentera dan bomba.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihak hospital dalam keadaan siap siaga sepenuhnya di semua peringkat bagi menerima mangsa sebaik sahaja mereka dibawa keluar dari lokasi kejadian.

Menurut beliau, segala perkembangan operasi di lokasi kejadian diserahkan kepada pihak berkuasa yang mengendalikan operasi SAR.

“Setakat laporan pagi ini, operasi membawa keluar mangsa dijalankan oleh pasukan tentera, PDRM dan JBPM. Pihak hospital bersedia sepenuhnya di semua peringkat untuk menerima mangsa sebaik sahaja mereka dibawa dari lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, Ketua Polis Sarawak kini bertindak sebagai accident commander dalam mengendalikan operasi berkenaan. – MYNEWSHUB

Tags: Agonghelikopter terhempasKeluarga MangsaRaja Permaisuri AgongsarawakZahir Ucapan Takziah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa prihatin serta mendoakan...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd