KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Pembubaran DUN Sarawak itu diumumkan oleh Premier, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam satu sidang media khas di sini hari ini
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bersidang dalam masa terdekat bagi membolehkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRN Sarawak diputuskan.
“Pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran DUN. SPR akan dimaklumkan secara rasmi,” katanya di Kompleks Satria Pertiwi di sini pada Jumaat.
Terdahulu, Abang Johari dilaporkan menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri untuk memaklumkan pembubaran tersebut.
Dalam PRN Sarawak ke-12, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan beliau menang besar sebanyak 76 daripada 82 kerusi dipertandingkan. – MYNEWSHUB


