• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Zaman Macam Tak Betul Dividen Haji Tinggi 6.5 Peratus, Kos Haji Rendah RM9,578’ – Ahli Parlimen BN

oleh Mynewshub
12/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Zaman Macam Tak Betul Dividen Haji Tinggi 6.5 Peratus, Kos Haji Rendah RM9,578’ – Ahli Parlimen BN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tenggara, Manndzri Nasib mempersoalkan formula pembayaran hibah dan dividen Tabung Haji (TH) yang pernah mencecah 6.5 peratus pada era BN, berbanding hanya 3.5 peratus ketika ini.

Beliau berkata, perkara itu turut menjadi persoalan dalam kalangan penduduk Tenggara yang memintanya membangkitkan isu berkenaan kepada kerajaan.

“Saya mewakili orang Tenggara nak tanya kepada kerajaan, formula apa yang digunakan dahulu semasa era yang macam tak betul itu, dividen dan hibah tinggi 6.5 peratus, tapi sekarang 3.5 peratus sahaja,” katanya ketika membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa sama, Manndzri mempersoalkan peningkatan kos kerja haji muassasah yang menurutnya dahulu sekitar RM9,578, tetapi kini meningkat sehingga RM33,300.

“Dan ketika zaman suatu ketika dulu, kos kerja haji muassasah pula terbalik, dulu kos sekitar RM9,578, sekarang naik sehingga RM33,300. Kan pelik?” katanya.

Beliau turut membangkitkan persoalan berkaitan Sukuk Seri 1 berjumlah RM10 bilion dengan nilai nominal RM13.2 bilion untuk tempoh tujuh tahun serta yield to maturity sebanyak 4.05 peratus setahun.

Menurutnya, Sukuk Seri 2 pula berjumlah RM96 bilion, dengan nilai nominal RM14.3 bilion untuk tempoh 10 tahun serta yield to maturity sebanyak 4.10 peratus setahun.

“Surat Sukuk Seri 1 yang sepatutnya matang pada Mei 2026, tahun ini. Tenggara nak tanya kepada kerajaan, Sukuk 1 ini dah matang, kerajaan dah habis bayar ke belum kepada Tabung Haji?Jika belum bayar, kenapa tak bayar lagi?” soalnya.

Manndzri berkata, beliau mendapat maklumat bahawa hanya RM300 juta telah dibayar daripada keseluruhan jumlah RM10 bilion yang ditetapkan, iaitu RM100 juta pada 2019 dan RM200 juta pada 2020.

“Jadi kalau benda ini benar, Tenggara nak bagitahu, adakah kerajaan masih berhutang dengan Tabung Haji sebanyak RM9.7 bilion yang patut dibayar pada Mei 2026 tapi masih belum berbuat,” katanya.

Berdasarkan syor yang dikeluarkan RCI, beliau turut mempersoalkan mengapa tempoh matang Sukuk Seri 1 yang sepatutnya matang pada Mei 2026 perlu dilanjutkan 10 tahun lagi.

“Adakah kerajaan nak menyebabkan masalah Lembaga Tabung Haji berterusan sehingga 2039?” katanya.

Dalam pada itu, Manndzri turut mempersoalkan ke mana perginya peruntukan tahunan lebih RM1 bilion setahun yang telah disediakan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu sejak 2019 khusus untuk menebus sukuk-sukuk berkenaan. – MYNEWSHUB

Tags: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) TenggaraDividen Tinggikos hajiKos Haji RendahManndzri NasibRCISidang KhasTabung HajiZaman Tak Betul
Share227Tweet142SendShare

Related Posts

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd