• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang Khas RCI Tabung Haji Bersihkan Imej DAP, Penyelamat Kewangan Umat Islam?

oleh Mynewshub
11/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sidang Khas RCI Tabung Haji Bersihkan Imej DAP, Penyelamat Kewangan Umat Islam?
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sidang khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di Dewan Rakyat hari ini mungkin kelihatan seperti sekadar sesi penerangan.

Namun jika diperhatikan lebih dalam, ada rumusan tersirat yang jauh lebih besar berbanding angka, fakta dan kronologi yang dibacakan di dalam dewan.

RUMUSAN PERTAMA bagaimana parti DAP boleh dilihat sebagai penyelamat kewangan umat Islam. Ini merupakan ironi yang sangat besar.

Isu yang menyentuh Tabung Haji, wang pendeposit dan kepentingan umat Islam memberi ruang kepada naratif pemimpin DAP menjadi penyelamat Melayu Islam.

RUMUSAN KEDUA pula lebih halus tetapi cukup menusuk apabila institusi Melayu digambarkan rosak kerana Melayu sendiri.

Sekali gus membayangkan istilah penyatuan Melayu adalah tidak signifikan dalam melindungi kepentingan orang Melayu.

RUMUSAN KETIGA mengambarkan kepincangan ketika era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nama Najib tidak diungkap kerana mungkin boleh memberi implikasi tidak diingini, namun nama Jho Low sudah memadai.

Dengan itu, sejarah yang panjang dan kompleks boleh disusun dan disimpulkan menjadi satu cerita yang mudah untuk dihadam.

Melayu sendiri yang menjadi punca, semuanya bermula pada zaman Najib sebelum diselamatkan oleh pemimpin DAP.

Kalau mahu dijadikan cerita politik, memang kemas. Tiga watak, satu naratif dan satu kesimpulan yang mudah dijual.

Namun jangan salah faham. Segala persepsi yang timbul secara tidak rasmi dalam sidang khas itu tiada kaitan dengan pilihan raya.

Hanya kebetulan selepas parti memerintah Pakatan Harapan (PH) mengalami kekalahan dalam tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) akibat sentimen penyatuan Melayu.

Juga tiada kaitan dengan PRN Melaka yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat apatah khabar angin Pilihan Raya Umum Ke-16 semakin hampir. – MYNEWSHUB

 

Tags: BersihkanImej DAPPenyelamat KewanganRCISidang KhasTabung Hajiumat Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Zaman Macam Tak Betul Dividen Haji Tinggi 6.5 Peratus, Kos Haji Rendah RM9,578’ – Ahli Parlimen BN

‘Zaman Macam Tak Betul Dividen Haji Tinggi 6.5 Peratus, Kos Haji Rendah RM9,578’ – Ahli Parlimen BN

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tenggara, Manndzri Nasib mempersoalkan formula pembayaran hibah dan dividen Tabung Haji (TH)...

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd