• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Wilayah Persekutuan Menentang Usaha Gugat Pegangan Akidah Umat Islam

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Mufti Wilayah Persekutuan Menentang Usaha Gugat Pegangan Akidah Umat Islam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha, gerakan atau penyebaran fahaman yang cuba menggugat serta merosakkan pegangan akidah umat Islam di negara ini.

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, pihaknya memandang serius sebarang bentuk penyelewengan akidah yang menyimpang daripada ketetapan al-Quran dan al-Sunnah, ijmak ulama serta pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menurut beliau, pegangan tersebut merupakan teras kepada umat Islam di Malaysia dan perlu dipelihara daripada sebarang fahaman atau ajaran yang diragui kesahihannya.

Sehubungan itu, JMWP menyeru seluruh umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh kepada fatwa-fatwa yang telah diputuskan berkaitan akidah serta tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran ajaran yang meragukan.

Pada masa sama, masyarakat dinasihatkan supaya merujuk sebarang kemusykilan berkaitan akidah kepada badan agama yang mempunyai autoriti dan tidak bertindak secara melulu sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keharmonian sejagat.

JMWP turut menegaskan pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam membendung sebarang tindakan yang boleh memesongkan akidah umat Islam.

“Akidah yang sahih adalah tunjang kekuatan umat. Memeliharanya adalah tanggungjawab bersama,” menurut kenyataan itu. – MYNEWSHUB

Tags: MenentangMuftiPegangan Akidahumat IslamUsaha GugatWilayah Persekutuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd