• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Onn Hafiz Harap Sikap Saling Membantu, Menghormati Terus Jadi Budaya Bangsa Johor

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Onn Hafiz Harap Sikap Saling Membantu, Menghormati Terus Jadi Budaya Bangsa Johor
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap sikap saling membantu dan menghormati terus menjadi budaya dalam kalangan Bangsa Johor serta membawa rahmat dan keberkatan kepada negeri itu.

Beliau berkata demikian selepas berkesempatan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Tun Hussein Onn, Johor Bahru serta mengikuti tazkirah daripada Ketua Penolong Mufti, Bahagian Rujukan Fatwa, Jabatan Mufti Johor, Al-Fadhil Ustaz Fakhrurrazi Yusof.

Menurut Onn Hafiz, antara perkongsian yang cukup memberi kesan kepadanya ialah kisah Ummu Mahjan, seorang wanita yang mencari ruang untuk berkhidmat kepada agama dengan membersihkan masjid.

“Mungkin pada pandangan manusia, apa yang dilakukan kelihatan kecil, namun khidmatnya tidak terlepas daripada perhatian Rasulullah SAW.

“Kisah ini mengingatkan kita supaya jangan sesekali meremehkan usaha dan kebaikan orang lain. Apa yang kecil pada pandangan kita mungkin besar nilainya di sisi Allah SWT,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Beliau turut memetik firman Allah SWT dalam Surah Az-Zalzalah, ayat 7 yang bermaksud, “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!”

Onn Hafiz berkata, masyarakat perlu terus membiasakan diri melakukan kebaikan selain belajar menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh orang di sekeliling.

“Semoga kita terus membiasakan diri berbuat baik dan belajar menghargai setiap usaha orang di sekeliling kita.

“Mudah-mudahan sikap saling membantu dan menghormati ini terus menjadi budaya dalam kalangan Bangsa Johor serta membawa rahmat dan keberkatan kepada negeri ini. Insya-Allah,” katanya.

Beliau mengakhiri hantaran dengan ungkapan “Allah Peliharakan Sultan, Allah Berkati Johor, Kepada Allah Kita Berserah”. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: Bangsa JohorbudayaDatuk Onn Hafiz GhaziHormatmenteri Besar Johor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Ahmad Bergson’ Kagum Budaya Masyarakat Islam Malaysia

‘Ahmad Bergson’ Kagum Budaya Masyarakat Islam Malaysia

26/09/2026
0

JAKARTA - “Betul-betul Ahmad Bergson sekarang, kan?” Demikian seloroh penyerang naturalisasi negara, Bergson da Silva ketika ditanya mengenai gelaran ‘Ahmad...

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd