• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

oleh Mynewshub
07/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama antara UMNO dan PAS.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerjasama tersebut malah sangat penting dalam memastikan kestabilan politik untuk semua kaum di negara ini.

Menurut beliau, rakyat juga telah membuktikan mereka mahukan kerjasama tersebut seperti yang disaksikan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu.

“Kita doakan agar kerjasama. Yang paling penting kerjasama ini adalah untuk kerjasama yang berpanjangan dan kerjasama berpanjangan ini perlukan sifat lapang dada daripada semua pihak.

“Kalau kita tengok sentimen dan kehendak rakyat di akar umbi, di Negeri Sembilan, memang jelas rakyat memang menginginkan supaya orang Melayu ini tidak berpecah,” katanya.

Justeru, Asyraf Wajdi meminta jangan berasa khuatir apabila parti-parti besar khususnya UMNO dan PAS bekerjasama kerana ia akan menguatkan lagi politik di negara ini.

Jelas beliau, apabila politik negara kuat, maka kestabilan politik dapat dicapai sekali gus memberi keharmonian dan kesejahteraan kepada rakyat berbilang kaum.

“UMNO sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) yang juga mewakili pelbagai kaum adanya MCA, ada MIC, ada PPP, ada Friends of BN.

“Kita telah membuktikan 62 tahun ketika memerintah, kita tidak pernah mengenepikan mana-mana kaum dan bangsa.

“Dan kita sepakat apabila kepimpinan UMNO bersetuju dengan MCA dan MIC waktu kita nak merdeka dulu, bahawa tanah air ini adalah untuk kita kongsikan bersama.

“Malaysia milik Melayu, Cina, India, Kadazan, Bisaya, Iban dan seluruh bangsa serta warga negara Malaysia.

“Jadi tak perlu takut dan khuatir. Jangan kita bermain dengan sentimen perkauman yang sengaja ditimbulkan oleh pihak-pihak yang tidak mahu melihat dua parti Melayu yang terbesar ini dapat bekerjasama,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Tags: Barisan NasionalDatuk Dr Asyraf Wajdi DusukikerjasamaKuatkanPASpolitikSetiausaha Agung UMNOStabilkanUMNO
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib Razak

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib Razak

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat UMNO melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melunaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd