• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Normalisasikan Kata-Kata Keji, Kesat – Menteri Agama

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Jangan Normalisasikan Kata-Kata Keji, Kesat – Menteri Agama
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan mengingatkan agar penggunaan kata-kata keji dan kesat tidak dinormalisasikan walaupun atas nama dakwah dan perjuangan.

Beliau berkata, pendekatan dakwah hendaklah dilakukan dengan akhlak, adab serta bahasa yang baik kerana ia merupakan tuntutan Islam.

“Jawapan saya, jangan sama sekali normalisasikan kata-kata keji dan kesat walau ia atas nama dakwah dan perjuangan. Itu bukan ajaran Islam,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Beliau turut memetik firman Allah SWT dalam Surah Qaaf ayat 18 yang bermaksud bahawa setiap perkataan dan perbuatan manusia sentiasa diperhatikan serta dicatat oleh malaikat.

Selain itu, beliau mengingatkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud bahawa orang beriman bukan daripada golongan yang suka mengaibkan, melaknat, mencarut atau berkata-kata keji dan buruk.

Beliau juga memetik sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”

“Berakhlak, beradab dan gunakanlah bahasa yang baik walau apa yang diperjuangkan kerana sesungguhnya ia akan menambah nilai dan meningkatkan darjat perjuangan bahkan tidak sedikitpun mengurangkan atau mencacatkan nilai sebuah perjuangan.” – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Zulkifli Hasan

Tags: JanganKata-KataKejiKesatMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)NormalisasikanZulkifli Hasan
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Jangan ‘Swastakan’ Tanggungjawab Didik Anak Kepada Sekolah – Asyraf Wajdi

Jangan ‘Swastakan’ Tanggungjawab Didik Anak Kepada Sekolah – Asyraf Wajdi

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ibu bapa diingatkan supaya tidak ‘menswastakan’ sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru dan pihak sekolah. Pengerusi Majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd