• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan sekali gus menyebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) lebih awal.

Pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berkata, berdasarkan situasi itu maka terdapat alasan untuk para perwakilan DAP pada 16 Ogos ini mengundi supaya DAP terus kekal dalam Kabinet.

Tambah beliau, alasan lain untuk pemimpin DAP kekal dalam kerajaan adalah memastikan pembentangan Belanjawan 2027 berjalan lancar serta memastikan kestabilan dasar sepanjang tempoh ketidaktentuan ekonomi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, terdapat satu alasan yang baik mengapa para perwakilan perlu mengundi supaya pemimpin DAP meletakkan jawatan Kabinet.

“Iaitu untuk memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan bagi melaksanakan sekurang-kurangnya beberapa pembaharuan politik sebelum PRU16.

“Para perwakilan DAP serta penyokong PH dan DAP mesti menyedari perkara ini sekarang bahawa PMX hanya bertindak balas apabila terdapat tekanan kuat dikenakan ke atasnya,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Menurut beliau, perwakilan mengundi pemimpin DAP kekal dalam kerajaan akan menjadi isyarat mereka sanggup menyokong Anwar walaupun tidak melaksanakan sebarang reformasi politik substantif dari sekarang sehingga pembubaran Parlimen.

“Saya berharap para perwakilan DAP akan membaca mesej ini dan mengundi “Leave” berbanding memilih untuk “Remain”,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dr. Ong Kian Ming

 

Tags: anggota KabinetBarisan NasionalBNDr Ong Kian MingKerajaanLebih Awalmeletak jawatanPemimpin DAPPRU16tarik sokongan
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd