KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak yang didakwa mengaitkan beliau dengan pelbagai isu Tabung Haji.
Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau memaklumkan telah mengarahkan peguamnya, Datuk Adnan Seman untuk menyerahkan Notis Tuntutan (LOD) bagi memulakan saman fitnah terhadap beberapa pemilik akaun media sosial.
Menurut beliau, saman berkenaan ekoran perbuatan memfitnah dan sengaja mahu memburukkan dan menjatuhkan reputasi beliau.
“InsyaAllah, bermula petang ini, secara berperingkat LOD akan mula disediakan dan diserahkan kepada pemilik-pemilik akaun yang berniat jahat untuk memburukkan nama, menjatuhkan reputasi dan mencemarkan maruah saya melalui penyebaran dakwaan yang tidak benar,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Asyraf Wajdi, setiap wang yang diterima dan ditentukan oleh mahkamah dalam saman fitnah tersebut akan disalurkan kepasa Yayasan Pelajaran MARA untuk menfaat pelajar-pelajar miskin, yatim dan susah.
“Bukan wang yang saya cari, tapi insya-Allah Allah akan tunjukkan kebenaran di muka pengadilan.
“Sebagaimana saman-saman terdahulu, saya bertekad untuk menyalurkan setiap sen wang yang diterima dan ditentukan oleh Mahkamah kelak ke Yayasan Pelajaran MARA untuk menfaat pelajar-pelajar miskin, yatim dan susah,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI



