• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tangkap layar memaparkan avatar PMX AI didakwa menjawab “Tidak” apabila ditanya pengguna sama ada perlu mengundi Anwar Ibrahim sekali lagi tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Berdasarkan perbualan yang dipaparkan menerusi WhatsApp, seorang pengguna dilihat bertanya kepada avatar berasaskan kecerdasan buatan (AI) itu sama ada dia patut mengundi Anwar sekali lagi dengan meminta sistem menggunakan logiknya sendiri.

“Jadi, dengan menggunakan logik anda sendiri, patutkah saya mengundi Anwar Ibrahim sekali lagi? Jawab ya atau tidak sahaja.”

Avatar PMX AI kemudian didakwa memberikan jawapan ringkas, “Tidak”, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang berkongsi semula tangkap layar tersebut di pelbagai platform media sosial.

Sementara itu, tinjauan Mynewshub mendapati perkhidmatan PMX AI masih tidak dapat diakses apabila pengguna cuba berinteraksi dengan sistem berkenaan.

Mesej yang dipaparkan memaklumkan bahawa perkhidmatan itu sedang menjalani kerja naik taraf dan penambahbaikan.

“Our service is temporarily unavailable while we carry out system upgrades and improvements. We apologise for the inconvenience.”

Turut dipaparkan ialah mesej susulan yang menyatakan:

“Thanks for reaching out. We’re putting the finishing touches on our upgrade, and PMX AI will be back shortly. Please look out for the official media announcement.”

Tarikh jangkaan perkhidmatan disambung semula yang dipaparkan sebelum ini telah berlalu, namun sistem berkenaan masih belum dapat digunakan ketika tinjauan dibuat.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan avatar atau kembar digital dikenali sebagai PMX AI yang boleh diakses orang ramai menerusi aplikasi WhatsApp.

Inisiatif itu diperkenalkan bagi membolehkan pengguna mengemukakan pelbagai soalan, berkongsi pandangan, kebimbangan dan aspirasi secara langsung kepada kembar digital berkenaan, sekali gus memanfaatkan teknologi AI sebagai medium komunikasi antara pemimpin dan rakyat. – MYNEWSHUB

Tags: Anwar IbrahimaplikasiAvatarjawapanNoPMX AISEKALI LAGITangkap LayarTidakTularUndiwhatsapp
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggesa kerajaan melaksanakan tender terbuka bagi membangunkan aplikasi navigasi jalan raya...

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada orang ramai yang berdepan pelbagai masalah menggunakan aplikasi navigasi TuJu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd