• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kaum Dipinggirkan Semangat Muafakat Johor – Onn Hafiz

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tiada Kaum Dipinggirkan Semangat Muafakat Johor – Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) sentiasa percaya bahawa kekuatan Johor terletak pada semangat muafakat dan kebersamaan seluruh rakyatnya.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, tiada kaum yang harus dipinggirkan dan tiada kawasan yang boleh ditinggalkan dalam arus pembangunan negeri ini.

“Saya memohon sokongan serta kepercayaan seluruh pengundi kepada calon-calon BN yang akan membawa suara dan amanah rakyat di kawasan masing-masing,” katanya dalam satu hantaran di media sosial

Terdahulu, Onn Hafiz berkata, beliau meneruskan Jelajah Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam bersama calon BN di Kulai, Kluang dan Johor Bahru.

Katanya, beliau mengambil kesempatan bertemu dan beramah mesra dengan Bangsa Johor daripada pelbagai kaum di setiap kawasan tersebut.

“Setiap pertemuan memberi ruang kepada saya untuk mendengar sendiri pandangan, keperluan serta harapan rakyat terhadap masa depan negeri Johor,” katanya.

Ujar beliau, calon BN terdiri daripada berbilang kaum yang mencerminkan kekuatan sebuah gabungan yang inklusif, berwibawa, berintegriti serta dekat di hati rakyat.

Katanya, beliau yakin mereka mampu memikul amanah dengan sebaiknya, membawa suara rakyat dan meneruskan agenda pembangunan demi kesejahteraan Bangsa Johor.

“Semoga dengan izin Allah SWT, BN dikurniakan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16, seterusnya memberi manfaat kepada Bangsa Johor.

“Memastikan kestabilan dikekalkan, kemajuan diteruskan demi Johor yang lebih makmur. Insya-Allah,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

 

Tags: Barisan NasionalCalon BNDatuk Onn Hafiz Ghazimenteri Besar JohorMuafakat Johorpilihan raya negeriPRN JohorTiada Kaum Terpinggir
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Johor Lulus Tambahan RM47.13 Juta Bantuan Kasih Johor Fasa 4

Johor Lulus Tambahan RM47.13 Juta Bantuan Kasih Johor Fasa 4

28/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM47.13 juta bagi rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 yang...

Onn Hafiz Harap Sikap Saling Membantu, Menghormati Terus Jadi Budaya Bangsa Johor

Onn Hafiz Harap Sikap Saling Membantu, Menghormati Terus Jadi Budaya Bangsa Johor

26/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap sikap saling membantu dan menghormati terus menjadi budaya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd