• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taman Awam Johor Lebih Moden, Inklusif dan Mesra Komuniti

oleh Mynewshub
29/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Taman Awam Johor Lebih Moden, Inklusif dan Mesra Komuniti
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan terus menaik taraf taman-taman awam di seluruh negeri bagi menyediakan ruang riadah yang lebih moden, inklusif dan berkualiti demi kesejahteraan Bangsa Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk memperkasa ruang hijau awam yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Menurut beliau, antara inisiatif terbaharu ialah cadangan pembangunan Laman Deria Pintar (Smart Sensory Park) di Hutan Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Mutiara Rini menerusi peruntukan melebihi RM13 juta.

“Cadangan pembangunan ini akan mentransformasikan Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini seluas lebih 60 ekar menjadi sebuah taman rekreasi bertaraf moden yang bukan sahaja indah dan lestari, malah memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat,” katanya selepas meninjau tapak cadangan pembangunan itu.

Beliau berkata, projek berkenaan merangkumi sembilan komponen utama termasuk kawasan permainan, waterplay, kolam cetek, pavilion, ruang santai serta pelbagai kemudahan awam yang dibangunkan berteraskan konsep Universal Design.

Katanya, pendekatan itu memastikan kanak-kanak, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan seluruh keluarga dapat menikmati kemudahan yang selesa serta selamat.

Dalam lawatan sama, Onn Hafiz turut melepaskan mud ball dan beberapa ekor ikan ke dalam tasik sebagai usaha meningkatkan kualiti air, mengurangkan enapan serta bau, selain memelihara biodiversiti dan keseimbangan ekosistem akuatik di kawasan berkenaan.

Beliau turut meninjau Gym Muafakat Hutan Bandar MBIP yang kini dilengkapi sistem pendaftaran digital bagi membolehkan pengguna merekod dan memantau perkembangan kecergasan mereka secara lebih sistematik.

Menurutnya, kemudahan itu boleh dinikmati orang ramai pada kadar yang amat berpatutan iaitu hanya RM5.

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri komited memastikan Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini terus berkembang sebagai destinasi rekreasi pilihan Bangsa Johor serta simbol keseimbangan antara pembangunan, kelestarian alam dan kesejahteraan rakyat. – MYNEWSHUB

Tags: BerkualitiDatuk Onn Hafiz Ghaziinklusifmenteri Besar Johormodennaik taraftaman-taman awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Timbalan EXCO Perkukuh Kapasiti Pentadbiran – Onn Hafiz

Pelantikan Timbalan EXCO Perkukuh Kapasiti Pentadbiran – Onn Hafiz

24/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pelantikan 10 Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri...

Onn Hafiz Harap BN Negeri Sembilan Turut Catat Kejayaan Besar

Onn Hafiz Harap BN Negeri Sembilan Turut Catat Kejayaan Besar

16/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendoakan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan turut mencatat kemenangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd