JOHOR BAHRU – “Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun dan gentar kerana mereka adalah makhluk Allah jua”
Itu antara ayat bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd menerusi satu rakaman video dengan kapsyen ‘Talkin Pilihan Raya’ #PRN Johor.
Beliau yang memulakan bacaan dengan kalimah bismillahirrahmanirrahim menyeru pengundi meminta lebih banyak sumbangan sekiranya ditawarkan bantuan ketika musim kempen.
“Bila diberi RM100, mintalah RM500 ringgit. Bila diberi kopi dan teh, mintalah milo, susu dan beras untuk keperluan selama sebulan”
Beliau dalam ‘talkin’ itu menyeru apabila diminta mengundi, pengundi perlu menjawab dengan fasih dan terang bahawa mereka tetap akan mengundi Pakatan Harapan (PH)
“Namun, bila diminta untuk mengundi mereka, jawablah dengan lidah yang fasih dan terang. Kami tetap akan undi harapan”
Rakaman video itu dipercayai sebagai bahan kempen berbentuk sindiran dan satira politik menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Berikut transkrip penuh rakaman video ‘Talkin Pilihan Raya’ di muat naik di akaun media sosial beliau hari ini:
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wahai pengundi-pengundi Johor. .
Akan datang kepada kamu Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan parti-parti bersama yang lain.
Janganlah kamu berasa gerun dan gentar kerana mereka adalah makhluk Allah jua.
Bila diberi RM100, mintalah RM500.
Bila diberi kopi dan teh, mintalah milo, susu dan beras untuk keperluan selama sebulan.
Namun, apabila diminta untuk mengundi mereka, jawablah dengan lidah yang fasih dan terang.
Kami tetap akan undi Harapan. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Rakaman Video/Foto: Akaun Media Sosial Shamsul Iskandar Mohd Akin


