• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Negeri Sembilan: PN Beri Sokongan Tidak Berbelah Bahagi Kepada Jalaluddin

oleh Mynewshub
20/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PRN Negeri Sembilan: PN Beri Sokongan Tidak Berbelah Bahagi Kepada Jalaluddin
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU – Perikatan Nasional (PN) memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon Barisan Nasional (BN) termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang.

Pemimpin PN yang juga Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau sendiri bersama jentera PAS akan berkampung di daerah ini bagi membantu kempen Jalaluddin serta calon BN dan PN yang lain.

“Mana BN bertanding PN akan beri sokongan habis-habisan tampa belah bahagi. Mana PN bertading, BN akan beri sokongan habis-habisan.

“Saya dan pasukan saya akan duduk sini sehingga habis pilihan raya. Kepada orang Pertang kena berbangga dan jangan lupa Jalaluddin yang hebat. Hampa nak pilih siapa lagi?

“Orang Pertang patut bangga ada Jalaluddin sebab dia bakal masa depan yang hebat.Saya bawa habis orang PAS untuk beri sokongan kepada Jalaluddin,” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera BN di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Shahidan melahirkan rasa terharu melihat perpaduan yang terbentuk dalam kalangan penyokong BN dan PN bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan kali ini.

Menurutnya, beliau dan pemimpin PAS malah diberi layanan yang baik oleh jentera BN ketika tumpang berteduh daripada panas di khemah parti tersebut.

“Jangan ada pihak mencabar atau mencerca BN Negeri Sembilan. Jangan kata macam-macam kepada BN. Dulu saya kata biarlah sebab dah empat tahun tinggal BN.

“Tapi sekarang siapa-siapa kata (tidak baik) kepada BN, kata kepada saya. Kamu kacau BN, maknanya PAS akan pertahan. Ketua PAS Jelebu akan memberi kekuatan (kepada) Jalaluddin,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Ahli Parlimen ArauBarisan NasionalCalon BNDatuk Seri Jalaluddin AliasDatuk Seri Shahidan KassimDUN PertangPerikatan Nasional (PN)PRNPRN Negeri Sembilansokongan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

UMNO Jangan Ulangi Kesilapan Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri, Anwar Jadi PM

UMNO Jangan Ulangi Kesilapan Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri, Anwar Jadi PM

24/08/2026
0

SHAH ALAM - Akar umbi UMNO perlu terus bersuara bagi memastikan pandangan mereka didengari kepimpinan parti, kata Ahli Jawatankuasa Pemuda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd