• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Sembilan Perlu Berfungsi Seperti Biasa Demi Kepentingan Rakyat

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Negeri Sembilan Perlu Berfungsi Seperti Biasa Demi Kepentingan Rakyat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Sembilan mesti terus berfungsi seperti biasa disebalik kontroversi pembatalan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan demi kesejahteraan dan kepentingan rakyat negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, perkara itu antara intipati utama dalam mesyuarat dihadiri 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan di Ibu Pejabat UMNO malam tadi.

“Intipati kepada perbincangan adalah kerajaan Negeri Sembilan mesti berjalan seperti biasa untuk kesejahteraan dan kepentingan rakyat. Itu yang mesti diberi penumpuan oleh kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar,” katanya kepada pemberita semalam.

Jalaluddin turut memaklumkan, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi memastikan kerajaan Negeri Sembilan terus berfungsi.

Justeru, beliau meminta memberi ruang diberi kepada Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menggunakan formula yang sesuai untuk menggerakkan jentera pentadbiran.

“Insya-Allah, daripada perbincangan yang panjang lebar ini akan ada satu pendekatan untuk pihak kerajaan berjalan seperti biasa untuk kepentingan rakyat.

“Tentunya Menteri Besar mempunyai formula tertentu untuk menggerakkan jentera kerajaan supaya agenda bagi meneruskan program-program yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dapat kita teruskan,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: BerfungsiDatuk Seri Jalaluddin AliasDemi Kepentingan RakyatKerajaan Negeri SembilanPerluSeperti Biasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MB, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan Disekat Masuk Wisma Negeri

MB, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan Disekat Masuk Wisma Negeri

24/09/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) tidak dibenarkan memasuki pejabat masing-masing di Wisma Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd