JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati sangat garang memperjuangkan Gaza.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan, beliau sebolehnya tidak mahu menggunakan kereta kalis peluru tersebut, tetapi diminta demikian.
“Ini masalah orang ini.. dia ingat otak kita macam dia… Dia ingat dia kaki sakau, dia ingat kita pun sakau. Ini ada satu lagi (isu) BMW.
“BMW ini ‘order’ sebelum saya jadi Perdana Menteri, ada di situ, kalis peluru. Saya tak nak pakai ‘bullet proof’.. masa itu tengah hangat pasal Gaza, dia kata Anwar garang sangat soal Gaza.
“Dia kata sekurang-kurangnya untuk beberapa minggu guna kereta kalis peluru. Saya kata ‘no’, dia kata memang ada dalam stok. Bila ada tetamu luar negara, pakai ‘bullet proof’.. jadi pakailah.. wah jadi riuh,” katanya ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor malam tadi.
Anwar yang juga Menteri Kewangan seterusnya menempelak pihak yang sakau berbilion-bilion ringgit, tetapi mengkritik beliau menggunakan kereta kerajaan seolah-olah ia suatu masalah besar.
“Ini pakai kereta kerajaan jadi masalah besar, yang kamu sakau bilion-bilion tak mengapa.. kontrak RM200 juta kamu sapu RM50 juta.
“Beli helikopter sapu.. beli kapal selam sapu. Nak tuduh kita? Jawab orang yang bertanggungjawab… jawab .. nak suruh saya jawab sebab apa,” katanya. – MYNEWSHUB


