• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Tewas Teruk, ‘Ceplos’ Berazam Buat Lebih Banyak Video Pertahan Anwar Dan Madani

oleh Mynewshub
12/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PH Tewas Teruk, ‘Ceplos’ Berazam Buat Lebih Banyak Video Pertahan Anwar Dan Madani
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Selepas kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, seorang pempengaruh yang sering dikaitkan dengan kelompok penyokong kerajaan digelar ‘Ceplos’ berjanji akan menghasilkan lebih banyak video bagi mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani.

Menerusi hantaran di sebuah media sosial, pemilik akaun itu berkata, dia bersama rakan-rakan ceplos telah menghabiskan masa selama tiga minggu berkempen di Johor.

Menurutnya, mereka sudah berusaha sebaik mungkin dan turut berbincang mengenai kaedah untuk “memecahkan tembok dacing” di negeri berkenaan.

“Rasa kecewa itu adalah sifat manusiawi, bangkit dari kekecewaan itu pun adalah sifat manusiawi.

“Insya-Allah lagi kuat kita buat video pertahankan PMX dan Kerajaan Madani selepas ini,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Kenyataan itu tampil selepas PH mengalami kekalahan memalukan apabila hanya memenangi lapan daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar dengan menguasai 48 kerusi.

Keputusan berkenaan sekali gus menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan strategi komunikasi dan bahan kempen PH, termasuk pendekatan beberapa pempengaruh prokerajaan yang dilihat lebih banyak menyerang lawan serta mempertahankan kepimpinan kerajaan dalam keadaan bodoh.

Sebahagian pengguna media sosial mendakwa gaya kempen kelompok berkenaan gagal meyakinkan pengundi atas pagar, malah mungkin memberi kesan sebaliknya dengan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengundi.

Malah, mereka dilabel “bawak sial” dan dikatakan antara punca utama PH kalah teruk di Johor.

Istilah ‘Ceplos’ digunakan bagi menggambarkan kelompok penyokong tegar yang didakwa mempertahankan pemimpin di media sosial tanpa menilai sesuatu isu secara kritikal dan bijak.- MYNEWSHUB

Tags: Aktivis SiberCeplosTolak PH-DAP
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Penyokong PAS Undi BN, Tolak PH-DAP Kuasai Johor – Azrul

Penyokong PAS Undi BN, Tolak PH-DAP Kuasai Johor – Azrul

30/06/2026
0

SHAH ALAM - Pemimpin PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi PAS bagi...

Mustahil Sunting Perbualan Video Lebih Seorang, Babitkan Pergerakan Sukar – Aktivis Siber

Mustahil Sunting Perbualan Video Lebih Seorang, Babitkan Pergerakan Sukar – Aktivis Siber

19/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Proses menyunting dan mengubah suai video mengandungi perbualan membabitkan lebih daripada seorang sukar dilakukan meskipun menggunakan pakai aplikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd