Oleh Mynewshub
CEPLOS parti tertentu sibuk duk bertanya mengapa Onn Hafiz bubar DUN Johor awal….sebenarnya takda la awal mana pun…dah lebih 4 tahun 3 bulan (PRN sebelum ini 8 Mac 2022).
Entah apa yang hendak dibuktikan..entah la….
Ada sekor influencer tu tak reti nak bezakan DUN dan Parlimen tapi nak bertanya jugak soalan itu pada seorang makcik…🤣🤣🤣
Hakikatnya mudah….
Adalah normal pemimpin bubar DUN atau Parlimen awal…
Sebab dia kerja bagus…sokongan rakyat pada dia kuat…
Dia bubar awal sikit sebab dia yakin menang….dan bila menang lagi sekali…dapat mandat baru…tempoh yang lebih panjang untuk teruskan semua yang dirancang…
Pemimpin yang hebat …yang berjaya menambat hati rakyat…akan bubar awal….
Dalam konteks Johor, Onn Hafiz tahu sokongan bangsa Johor kepadanya tinggi kerana kerajaannya telah lakukan kerja yang baik.
Pelaburan tertinggi dalam sejarah di bawah kepimpinan beliau sahaja dah cukup menutup mulut lawan politik…belum lagi masuk cerita pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan negeri yang lain.
Justeru, beliau mengambil langkah politik yang bijak, berani dan jujur dengan membubarkan DUN Johor.
Tiada apa yang pelik pun dalam tindakan Onn Hafiz.
Langkah yang beliau ambil tu menepati kebenaran bubar yang terkandung dalam undang-undang tubuh negeri.
Beliau bukan buat benda yang salah atau dilarang undang-undang.
Sebenarnya, yang tidak berani bubar DUN atau Parlimen ni sebenarnya sebab tak yakin dengan kemampuan sendiri…orang dah tak suka tapi cuba jugak bergayut pada kuasa selama boleh…
Pemimpin yang tahu kalau bubar dan adakan pilihan raya, negeri atau Persekutuan, dia akan tewas.
Pemimpin seperti ini yang selalunya terlalu lambat nak pulangkan hak memilih dan mandat kepada rakyat.
Mereka cuba memanfaatkan setiap hari yang masih berbaki untuk terus memegang kuasa kerana tidak yakin mampu memperoleh mandat baharu daripada rakyat
Onn Hafiz awal dia bagi peluang kepada rakyat Johor untuk terus memilih dirinya atau menggantikan dirinya dengan orang lain.
Onn Hafiz tidak la menyorok di balik jawatan MB dan cuba bergayut pada kuasa selama yang boleh.
Oleh sebab itu, pembubaran awal tidak seharusnya terus dianggap sebagai sesuatu yang negatif.
Sebaliknya, ia memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian semula terhadap prestasi kerajaan.
Jika rakyat berpuas hati, mereka boleh memberikan mandat baharu.
Jika tidak, mereka bebas memilih kerajaan lain.
Cubaan hendak mengelirukan pemikiran rakyat dengan isu bubar awal memang mencerminkan tahap lawan Onn Hafiz tiada modal hendak berdepan dengan beliau. –MYNEWSHUB


