• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi ketika itu memainkan peranan penting menyampaikan mesej kepada masyarakat untuk menyokong beliau.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mendakwa ketika itu hampir semua saluran media dikawal sehingga suara dan penjelasan daripada pihaknya sukar disampaikan kepada rakyat.

“Siapa pengurus kempen penerangan dan propaganda kita yang terbaik? Pemandu teksi. Terima kasih,” katanya pada Majlis Peluncuran Program Pembaharuan Teksi Madani Nasional yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini.

Anwar turut berkongsi pengalaman seorang wartawan dari Perancis yang datang membuat liputan kes mahkamahnya.

Menurut beliau, wartawan berkenaan memaklumkan bahawa sepanjang perjalanan menaiki teksi dari lapangan terbang ke hotel, pemandu teksi tersebut meluahkan rasa sedih terhadap nasib beliau yang dipenjarakan dan menyifatkan perkara itu sebagai tidak adil.

“Saya pun tidak tahu siapa nama pemandu teksi itu. Tetapi begitulah jasa orang teksi. Bukan sahaja membawa penumpang, malah menyampaikan mesej tentang Malaysia,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga pemandu teksi atas sumbangan mereka yang disifatkan lebih daripada sekadar menyediakan perkhidmatan pengangkutan.

“Tapi begitulah jasa orang teksi. Bukan saja bawa kereta, tapi sampaikan mesej Malaysia. Terima kasih,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar mendakwa kerajaan terdahulu tidak menjaga kebajikan pemandu teksi, sebaliknya mengambil kesempatan daripada industri itu untuk memperkayakan diri.

Dakwa beliau, keadaan berbeza selepas kerajaan berubah kerana Kerajaan Madani mengambil penting kebajikan pemandu teksi termasuk melalui program Teksi Madani Nasional. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahimpemandu teksiPenjaraPerdana MenterisedihTidak Adil
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Sedih Pemimpin Melayu Bertelagah Soal Kerusi, Belum Terlambat Selamatkan Negara

Sedih Pemimpin Melayu Bertelagah Soal Kerusi, Belum Terlambat Selamatkan Negara

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim meluahkan rasa sedih melihat pemimpin Melayu...

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd