• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nicky Liow Dilepas Dan Dibebaskan Daripada 26 Tuduhan Pengubahan Wang Haram RM36 Juta

oleh Mynewshub
29/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Nicky Liow Dilepas Dan Dibebaskan Daripada 26 Tuduhan Pengubahan Wang Haram RM36 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Nicky Liow dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada 26 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM36 juta selepas representasi dikemukakan pihak pembelaan diterima Jabatan Peguam Negara.

Peguamnya, Datuk Rajpal Singh mengesahkan pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap anak guamnya yang memiliki nama sebenar Liow Soon Hee.

Menurut beliau, surat representasi dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara bagi memohon pertuduhan terhadap Liow disemak semula.

“Kami menghantar surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara dan ia diterima. Dia dibebaskan pada 15 Jun 2023,” katanya ketika dihubungi pihak NST.

Surat representasi merupakan permohonan rasmi pihak pembelaan kepada Jabatan Peguam Negara supaya sesuatu pertuduhan ditarik balik, dikurangkan atau dipertimbangkan semula berdasarkan alasan undang-undang serta fakta kes.

Rajpal berkata, Liow turut membayar RM400,000 cukai tertunggak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menyelesaikan pertuduhan berkaitan kesalahan mengemukakan borang nyata cukai yang tidak tepat di bawah Akta Cukai Pendapatan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Liow selaku pengarah sebuah syarikat sebelum ini didakwa terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram dan memiliki wang yang dipercayai hasil daripada kegiatan menyalahi undang-undang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang antara 2016 hingga 2021.

Pertuduhan berkenaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.

Jika sabit kesalahan, seseorang boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan didenda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai wang yang terbabit dalam kesalahan atau RM5 juta, mengikut mana-mana jumlah yang lebih tinggi.

Pada 9 April 2021, Liow dan adiknya didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang.

Liow ketika itu didakwa tanpa kehadirannya di mahkamah sebelum dia menyerah diri secara sukarela kepada polis pada 11 April 2022.

Dia kemudiannya dihadapkan ke mahkamah pada hari berikutnya atas 26 pertuduhan pengubahan wang haram.

Pada 7 Julai 2022, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan 14 individu termasuk dua adik Liow daripada pertuduhan terbabit dengan kumpulan jenayah terancang.

Keputusan dibuat selepas Jabatan Peguam Negara menerima representasi daripada semua perayu supaya mereka dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan.

Pada 24 Julai 2023, seorang lagi adik Liow, Liow Wei Kin, turut dibebaskan daripada pertuduhan pengelakan cukai dan pengubahan wang haram selepas membayar RM4.147 juta merangkumi cukai tertunggak, penalti khas, denda serta kompaun.

Liow yang juga pengasas Winner Dynasty Group sebelum ini diburu polis susulan siasatan terhadap sindiket Macau Scam selepas 68 individu ditahan menerusi Op Pelican 3.0 pada Mac 2021.

Pada 26 April tahun sama, Istana Pahang menarik balik Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Liow.

Nama Liow kembali menjadi perhatian baru-baru ini selepas gambar menunjukkan dia memakai baju PKR ketika bergambar bersama Presiden PKR merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tersebar di media sosial.

Gambar tersebut mencetuskan spekulasi mengenai status kes mahkamahnya serta kemungkinan hubungannya dengan parti berkenaan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh pada 26 Julai lalu menafikan Liow merupakan ahli parti kerana tiada rekod menunjukkan dia pernah mengemukakan permohonan keahlian.

Liow pula menjelaskan baju Angkatan Muda Keadilan yang dipakainya dibeli dalam sebuah program amal dan tidak menunjukkan bahawa dia mempunyai sebarang hubungan atau keahlian dengan PKR.

**Berita ini adalah terjemahan pada laporan New Straits Times.

Tags: Datuk Seri Nicky Liow Soon HeeNicky Liow Soon Hee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Baju AMK Dibeli Dalam Jualan Amal, Bukan Tanda Sertai PKR – Nicky Liow

Baju AMK Dibeli Dalam Jualan Amal, Bukan Tanda Sertai PKR – Nicky Liow

29/07/2026
0

Oleh Mynewshub PUCHONG – Ahli perniagaan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee menjelaskan bahawa baju Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang...

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

26/07/2026
0

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi penjelasan berhubung isu tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd