• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Mungkin Berkat Menderma” – Akmal Sindir DNAA Nicky Liow

oleh Mynewshub
30/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Nicky Liow Dilepas Dan Dibebaskan Daripada 26 Tuduhan Pengubahan Wang Haram RM36 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir perkembangan terbaharu membabitkan ahli perniagaan, Liow Soon Hee atau lebih dikenali sebagai Nicky Liow, susulan pendedahan bahawa 26 pertuduhan pengubahan wang haram terhadapnya berakhir dengan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA).

 

Dalam hantaran di Facebook, Muhamad Akmal mengimbas kembali laporan pada 2021 mengenai usaha polis mendapatkan Notis Merah Interpol terhadap Liow ketika operasi memburunya sedang dijalankan.

 

Beliau turut mengaitkan secara kronologi persaraan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pada Ahad lalu dengan kemunculan gambar Liow memakai baju Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan berada bersebelahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Muhamad Akmal kemudian mengakhiri hantaran itu dengan sindiran: “Mungkin berkat menderma lah tu.”

 

Ayob Khan sebelum ini merupakan antara pegawai kanan polis yang mengetuai operasi memburu Liow. Pada April 2021, polis memaklumkan permohonan Notis Merah akan dikemukakan kepada Interpol bagi membolehkan Liow ditahan sekiranya dikesan berada di luar negara.

 

Nama Liow kembali menjadi perhatian selepas dia mengesahkan hadir pada sebuah majlis kutipan dana berkaitan PKR baru-baru ini dan dirakam memakai baju AMK serta bergambar berhampiran Anwar.

 

Bagaimanapun, peguamnya, Datuk Rajpal Singh menjelaskan Liow hanya memasukkan wang ke dalam tabung sumbangan sebelum diberikan baju berkenaan.

 

Menurutnya, sesi bergambar itu bukan pertemuan khas atau jemputan eksklusif bersama Perdana Menteri, sebaliknya berlangsung selepas ruang berkenaan dibuka kepada hadirin.

 

Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh sebelum ini turut menegaskan bahawa Liow bukan ahli PKR kerana tiada rekod menunjukkan dia pernah membuat permohonan menyertai parti itu.

 

Sindiran Muhamad Akmal bagaimanapun dijangka meningkatkan desakan supaya Jabatan Peguam Negara memberikan penjelasan terperinci mengenai pertimbangan yang membawa kepada DNAA kes berkenaan, bagi mengelakkan sebarang persepsi atau spekulasi politik dalam kalangan masyarakat. -MYNEWSHUB

Tags: Akmal SalehDatuk Seri Nicky Liow Soon HeeNicky Liow Soon Hee
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nicky Liow Dilepas Dan Dibebaskan Daripada 26 Tuduhan Pengubahan Wang Haram RM36 Juta

Nicky Liow Dilepas Dan Dibebaskan Daripada 26 Tuduhan Pengubahan Wang Haram RM36 Juta

29/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Nicky Liow dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada 26 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM36...

Baju AMK Dibeli Dalam Jualan Amal, Bukan Tanda Sertai PKR – Nicky Liow

Baju AMK Dibeli Dalam Jualan Amal, Bukan Tanda Sertai PKR – Nicky Liow

29/07/2026
0

Oleh Mynewshub PUCHONG – Ahli perniagaan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee menjelaskan bahawa baju Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd