• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

oleh Mynewshub
27/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak perlu dipaksa untuk diingati kerana ia akan terus kekal dalam ingatan rakyat sekiranya benar-benar dirasai.

Beliau berkata demikian selepas singgah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pasoh, DUN Pertang, apabila berpeluang meluangkan masa bersembang santai bersama penduduk setempat sambil bermain karom.

Menurut Nazifuddin, beliau tersentuh apabila penduduk dengan penuh rasa bangga menunjukkan gambar-gambar Najib yang masih disimpan rapi sebagai tanda penghargaan dan kenangan terhadap jasa bekas Perdana Menteri itu.

“Pelbagai cerita dan kenangan dikongsikan sepanjang pertemuan ini. Jelas sekali, kasih sayang dan ingatan terhadap seorang pemimpin yang telah banyak berjasa masih utuh di hati mereka,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga PDM Pasoh atas layanan mesra serta semangat kebersamaan yang ditunjukkan sepanjang lawatan tersebut, sambil menyifatkan jasa yang ikhlas akan terus dikenang dan kasih rakyat tidak pernah hilang. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakDatuk Seri NazifuddingambarJasa dikenangNazif NajibPRN Negeri SembilanRakyatSimpanTerharu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Konvoi Lori Bendera BN Curi Perhatian, Netizen: ‘Abam Lori Dah Insaf’

Konvoi Lori Bendera BN Curi Perhatian, Netizen: ‘Abam Lori Dah Insaf’

27/07/2026
0

SEREMBAN – Satu rakaman video memaparkan konvoi lori membawa bendera Barisan Nasional (BN) di sebuah jalan di Negeri Sembilan tular...

Nga Kor Ming Bersyukur Dakwa Lebih 10,000 Hadir Ceramah PH

Nga Kor Ming Bersyukur Dakwa Lebih 10,000 Hadir Ceramah PH

27/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mendakwa lebih 10,000 rakyat Negeri Sembilan menghadiri ceramah Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd