• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jeming Hasan Mengaku Video Temu Bual Semalam Lakonan

oleh Mynewshub
22/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Jeming Hasan Mengaku Video Temu Bual Semalam Lakonan
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Jeming Hasan mengakui video temu bual beliau dengan penduduk Negeri Sembilan semalam hanyalah satu lakonan.

Beliau namun mendakwa video temu bual terbaharunya bersama rakyat Negeri Sembilan yang dimuat naik di media sosial hari ini adalah rakaman yang sahih.

Bagaimanapun, video baharu itu turut mengundang reaksi sinis daripada netizen apabila ramai menganggap ia juga sekadar satu lagi lakonan.

Dalam video terbaharu itu, Jeming memulakan rakaman dengan berkata: “Ok… kembali lagi. Semalam ada orang kata saya berlakon. Ya, saya mengaku video semalam adalah lakonan semata-mata. Ini video daripada orang Negeri Sembilan.

“So kita tengok akak tu… jom kita tanya akak tu. Kita temu ramah tentang PRN Negeri Sembilan,” katanya sebelum menghampiri seorang wanita yang sedang berdiri di kawasan parkir.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terus mempersoalkan kredibiliti Jeming meskipun beliau mendakwa video terbaharu itu adalah rakaman sebenar.

Seorang pengguna Facebook, Tuju Visi, berkata: “Dah sekali engkau menipu, ingat orang nak percaya kepada kau lagi lepas ni?”

Mohd Hardi pula menulis: “Kalau dah menipu, orang dah tak percaya. Terdesak sangat sampai sanggup menipu macam tu. Kesian PAN.”

Seorang lagi pengguna, Addy Adda, menyifatkan temu bual itu sebagai “taktik lama” dengan mendakwa individu yang ditemu bual merupakan kenalan sendiri.

Bazrul Hisyam turut meninggalkan komen sinis dengan berkata: “Semalam dah kantoi menipu. Ingat kalau menipu boleh menang ke?” – MYNEWSHUB

 

Tags: Negeri SembilanNetizenpakatan harapanpendudukPHPRNRakaman VideosindiranTemu bual
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd