• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Johor Merosot Tangga Keenam Ketika Ditadbir PH, Onn Hafiz Pulihkan Ekonomi Johor

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Ekonomi Johor Merosot Tangga Keenam Ketika Ditadbir PH, Onn Hafiz Pulihkan Ekonomi Johor
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata prestasi ekonomi Johor yang kembali mencatatkan pertumbuhan tertinggi di Malaysia menjadi bukti mengapa rakyat perlu terus memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, perbezaan prestasi ekonomi Johor dapat dilihat ketika negeri itu ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) selepas mengambil alih pentadbiran pada 2018 berbanding di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, sejak BN kembali menerajui kerajaan negeri pada 2022.

Asyraf berkata, ketika BN mentadbir Johor sebelum 2018, negeri itu secara konsisten merekodkan pertumbuhan ekonomi tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Namun, katanya, selepas PH mengambil alih pentadbiran, Johor merosot ke tangga keenam dengan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 4.7 peratus.

“Alhamdulillah, setelah Barisan Nasional mendapat kembali kepercayaan rakyat pada tahun 2022, di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz, Johor mencatatkan peningkatan mendadak pertumbuhan ekonomi sehingga mencapai kadar KDNK 8.0 peratus.

“Pencapaian itu sekali gus mengembalikan Johor sebagai negeri yang merekodkan pertumbuhan ekonomi tertinggi di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pencapaian itu membuktikan kestabilan pentadbiran BN mampu memacu kemajuan ekonomi negeri dan membawa manfaat kepada rakyat.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi terus memberikan sokongan kepada BN demi memastikan kesinambungan pembangunan dan kemajuan Johor dapat diteruskan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

 

Tags: Barisan NasionalBawah PHDatuk Dr Asyraf Wajdi DusukiDatuk Onn Hafiz GhaziEkonomi JohorKerajaan BNmerosotnombor satupakatan harapanPulihkanSetiausaha Agung UMNOTangga keenam
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Pemuda DAP Gesa Tindakan Segera Isu UiTM Holdings, Pulihkan Keyakinan Universiti Awam

Pemuda DAP Gesa Tindakan Segera Isu UiTM Holdings, Pulihkan Keyakinan Universiti Awam

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil tindakan segera susulan pendedahan kerugian besar dan...

Mohamad Sabu Kenang Kerjasama Bersama Tun Mahathir Tumbangkan Kerajaan BN

Mohamad Sabu Kenang Kerjasama Bersama Tun Mahathir Tumbangkan Kerajaan BN

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengimbas detik PH mengambil keputusan bekerjasama dengan Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd