• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Jengka Persoal Kenyataan PMX: “Ini Kempen Atau Ugutan?”

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
ADUN Jengka Persoal Kenyataan PMX: “Ini Kempen Atau Ugutan?”
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan tetap menjadi Perdana Menteri walau apa jua keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Shahril Azman Abd Halim mempersoalkan sama ada mesej yang disampaikan di Johor itu merupakan kempen politik yang sihat atau satu bentuk ugutan yang boleh menimbulkan rasa takut dalam kalangan pengundi.

Menurut beliau, dalam sebuah negara demokrasi, rakyat sepatutnya membuat pilihan berdasarkan keyakinan terhadap dasar, integriti dan kemampuan sesebuah parti untuk mentadbir, bukan kerana bimbang negeri mereka akan dipinggirkan.

“Adakah ini satu kempen politik yang sihat atau satu mesej yang boleh menimbulkan rasa takut dalam kalangan pengundi?

“Dalam sesebuah negara demokrasi, rakyat sepatutnya mengundi berdasarkan keyakinan terhadap dasar, integriti dan kemampuan terhadap sesebuah parti mentadbir.

“Bukan kerana bimbang negeri mereka akan dipinggirkan jika memilih parti yang berbeza,” katanya menerusi satu rakaman video di muat naik di media sosial semalam.

Shahril Azman berkata, peruntukan Kerajaan Persekutuan bukan milik mana-mana parti politik, sebaliknya merupakan wang rakyat Malaysia yang wajib diagihkan secara adil.

Justeru, katanya, kerajaan sememangnya mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada semua negeri tanpa mengira parti yang memerintah.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Johor membuat pilihan berdasarkan keyakinan terhadap kepimpinan, dasar dan kejujuran, bukan kerana dipengaruhi rasa takut.

“Pilihan raya bukan medan untuk menakut-nakutkan rakyat. Pilihan raya adalah medan untuk rakyat menilai dan memilih siapa yang paling layak memimpin.

“Akhirnya kuasa sebenar bukan terletak pada mana-mana pemimpin. Kuasa sebenar berada di tangan rakyat. Undilah dengan keyakinan, bukan kerana ketakutan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Rakaman Video: Akaun Media Sosial Ustaz Haji Shahril Azman Bin Abd Halim Al Hafiz

Tags: ADUN JengkaAhli Dewan Undangan NegeriDatuk Seri Anwar IbrahimJohorkempenKenyataanKetakutanPerdana Menteripilihan raya negeriPRNSaya tetap Perdana MenteriShahril Azman Abd Halimugutan
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Temui Bank of America, Bincang Peluang Pelaburan Di Johor Menerusi JS-SEZ

Onn Hafiz Temui Bank of America, Bincang Peluang Pelaburan Di Johor Menerusi JS-SEZ

20/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan pertemuan dengan Bank of America bagi membincangkan peluang kerjasama...

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

18/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa negara-negara ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar bagi memperkukuh kerjasama menangani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd