• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tawaran Jawatan Badan Berkanun Dengan Niat Baik – Ong Kian Ming

oleh Mynewshub
03/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tawaran Jawatan Badan Berkanun Dengan Niat Baik – Ong Kian Ming
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming mempertahankan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching susulan kontroversi melibatkan tawaran jawatan pengerusi badan berkanun kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim.

Dalam satu kenyataan di media sosial, Kian Ming berkata, beliau percaya tawaran jawatan badan berkanun kepada Marina dibuat dengan niat yang baik dan bukannya sebagai usaha untuk menyingkirkannya daripada politik.

Menurut beliau, tujuan cadangan tersebut bagi membolehkan Marina terus menyumbang kepada rakyat Johor dan negara menerusi saluran yang berbeza sekiranya tidak lagi bertanding dalam pilihan raya.

Kian Ming turut memberi beberapa contoh pemimpin DAP dan Pakatan Harapan (PH) yang pernah diberikan tanggungjawab dalam badan berkanun selepas tidak lagi memegang jawatan sebagai wakil rakyat.

Antaranya Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia selepas tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada tahun 2022.

Beliau juga menyebut Ean Yong Hian Wah yang dilantik sebagai Pengerusi Port Klang Authority selepas memutuskan untuk tidak lagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan.

Dalam masa sama, Kian Ming berkongsi pengalaman peribadinya tidak meminta sebarang jawatan selepas mengosongkan kerusi Parlimen Bangi bagi memberi laluan kepada Syahredzan Johan pada PRU15.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya ditawarkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Investment Development Authority yang disandang dari Ogos 2023 hingga Ogos 2025.

Kian Ming berkata, beliau menghargai sokongan Presiden DAP, Anthony Loke Siew Fook serta pelantikan yang ditandatangani oleh Tengku Zafrul ketika menerajui kementerian berkenaan.

Mengulas isu pemilihan calon DAP Johor, Kian Ming berkata beliau tidak percaya Nie Ching mempunyai niat buruk apabila mencadangkan Marina bertanding di kerusi Tiram yang dianggap lebih mencabar berbanding Skudai.

Sebaliknya, beliau berpandangan mungkin terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi keputusan tersebut termasuk kewujudan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik di kawasan Skudai dan Iskandar Puteri.

Menurut Kian Ming, Marina mungkin boleh menangguhkan pengumuman mengenai keputusannya untuk tidak bertanding sehingga senarai calon dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi parti.

Beliau berpendapat masih ada kemungkinan Marina dikekalkan di kerusi Skudai kerana tindakan menggugurkan seorang wakil rakyat Melayu muda yang berwibawa boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap parti. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dr Ong Kian Ming

 

Tags: DAPJawatanMarinaNiat BaikOng Kian Mingtawaran
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

“DAP Siapa Jadi kawan Dia Baik, Siapa Tak Jadi Kawan Dia Jahat”

“DAP Siapa Jadi kawan Dia Baik, Siapa Tak Jadi Kawan Dia Jahat”

18/07/2026
0

JELEBU - Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon membidas parti DAP yang dianggap tidak bersikap jujur terhadap masyarakat Cina....

PMX Anwar Nafi DAP ‘Tidak Melayu’, Abdul Hadi Tandatangan Dokumen Pakatan Rakyat

PMX Anwar Nafi DAP ‘Tidak Melayu’, Abdul Hadi Tandatangan Dokumen Pakatan Rakyat

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang mendakwa DAP 'tidak Melayu' sambil mengingatkan tentang dokumen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd